Uncategorized

2 Jan yang PALING BEST sebab Suami buat SURPRISE PARTY…

Satu
perkara yang saya tak biasa adalah surprise party. Surprise party untuk diri
sendiri. Maknanya, orang buat untuk kita.
Biasanya,
saya buat untuk orang. Adik-beradik. Kawan-kawan.
So,
bila tak biasa, kita tak expect pun ada untuk celebrate birthday. Memang tak
jangka tak tahu langsung. Pandai suami pakat dengan adik-beradik.
Birthday
tahun ni, memang saya tak plan apa-apa pun. Sebabnya suami pindahkan bisnes
bengkel automotif kami ke tempat baru. Sebab owner tu tamatkan penyewaan, jadi
suami pun decide sewa bengkel yang depan sikit je dari yang lama.
Yang
bestnya, sebab kami focus pada driver wanita, maka dapatlah kami BENGKEL PINK.
Syok giler rasa.
Tapi,
penatnya nak uruskan banyak perkara. But a great experience for me.
Okay,
back to surprise party tu. Sebab penat, malas nak organize apa-apa. Nak fikir
nak makan apa pun malas, sebab penat sangat.
Petang
tu, kawan kami datang ke bengkel. Saje nak jengah katanya. So teman dia makan
sebab tak makan dari pagi. Yang bestnya, saya cuma order air je. Rasa macam
kenyang. Suami order nasi goreng. Makan macam biasa.
Itu
yang buat saya tak syak apa-apa. Then maghrib dulu kat bengkel baru gerak ke
PJ. Sabtu malam memang adik-beradik akan berkumpul, so takdelah terfikir ada surprise
party.
Bila
sampai PJ, borak dengan abang kat luar. Malas nak layan dia sebab asyik cakap
lambat je. Mana nak tahu dia ada. So terus masuk rumah. Sampai je kat depan,
terus semua jerit “SURPRISE!”. Hahaha blur terus. Then nyanyi birthday song. Muka
blur lagi but senyum meleret-leret. Happy sangat.
Ayah
bacakan doa selamat. Syukur sangat dapat bersama-sama ayah, mak tahun ni. As I blogged
before, tahun 2015, ayah dimasukkan ke hospital sebanyak 3 kali. Alhamdulillah,
Allah masih berikan peluang untuk kami berbakti kepada kedua mak dan ayah.
Then,
masa untuk makan. Menu malam tu adalah western food. Ayam bakar Ayamas. Mash potato.
Coleslaw. Lasagne. All my favourite food.
Lepas
makan, semua lepak-lepak berbual catching up. I know myself. Otak penat tapi
badan tak nak ikut. Maknanya, saya kena buat kerja in order nak tidur malam. Adrenalin
level pun tinggi sebab surprise party tadi.
So
saya pun start mencuci pinggan. Lagipun adik-beradik semua dah susah payah
masak dan plan the party. Then kakak ipar kata, pergilah duduk depan. Adik ipar
kata pergi main dengan Ahmad. Saya pun okay je sebab suami sambung basuh
pinggan. Duduk depan, main dengan Ahmad.
Then…semua
nyanyi lagi birthday song. Sebabnya ada KEK. Hish, ingat dah habis celebrate,
rupanya ada lagi.
Memang
best betul birthday kali ini. Sebabnya ini semua suami yang rancang dengan
bantuan adik-beradik.
Thank
you so much to all my darlings. Yang menjayakan surprise party ini.

Ya
Allah, murahkan rezeki adik-beradikku Ya Allah. Ameen.

p/s: Gambar takde sebab dah kata surprise party kan… Ada satu je suami post di FB.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *