Uncategorized

20.02.20 Tarikh yang cantik

20.02.20 Tarikh yang cantik


Cantik sangat tarikh hari ini kan? 20.02.20. Tarikh yang ramai pilih untuk berkahwin. Macam Emma Maembong dan katanya Zahirah McWilson pun akan nikah harini juga.

Harini saya kelam kabut sangat. Minggu lepas tak pergi basuh baju, jadinya semalam husband bagitahu yang baju kerja dia semua dah takde. Hahaha gelabah wei, so kami plan cuci pagi ni lah. Kami plan bangun jam 4.30am, lepas mandi solat semua, akan ke Dobi Queen pada jam 5.00am.

Tapinya pagi ni punyalah mengantuk, kami cuma bangaun pada jam 4.50am, so semua perkara dah terlambat. 5.45am sampai ke Dobi Queen. Ambil washer yang paling besar 28kg terus hahaha. Sekarang Dobi Queen ada promosi untuk washer dengan diskaun RM2.00 untuk hari Isnin sehingga Khamis dari jam 1.00pagi sehingga 4.00pm.

Untuk 28kg, harga washer adalah RM16.00 tetapi disebabkan ada diskaun, harganya hanya RM14.00 tetapi lamanya nak menunggu. 37 minit untuk suhu warm.

Lepastu, untuk dryer ambil 17kg berharga RM6.00 untuk 30 minit, tetapi sebab baju banyak yang tebal, saya tambah RM2.00 untuk 10 minit extra. Total waiting adalah 1 jam 17 minit. Dan disebabkan kami start lewat, semua plan jadi lambat.

Pagini saya kena ke PPUM, meneman Mak ke hospital untuk preparation Cataract Removal Surgery pada 6 Mac 2020. Janjinya gerak jam 7.15am dan plannya adalah husband hantar kami ke PPUM dan kemudian hantar adik ke office di TTDI dan kemudian husband terus ke Shah Alam.

Tapi dah dobi tu lambat habis, kami bertolak pada jam 7.45am, cancel plan hantar adik ke TTDI sebab dah lewat sangat. Adik pergi naik GRAB. Cancel plan juga dia belanja husband. Hahaha.

Sampai ke Menara Selatan PPUM jam 8.05am. Agak cepat juga sampai harini. Terus ke Klinik Oftalmologi (Mata) di Tingkat 2 Menara Utama untuk ambil borang ECG. Lepastu ke Tingkat 7 Menara Selatan untuk ECG.

Buat ECG sekejap je, before 9.00am dah siap, lepastu kena pergi semula ke Klinik Oftalmologi untuk lense test dan berjumpa doktor. Kat sini lama kena tunggu sebab buat macam-macam test.

Dahlah saya mengantuk, lepastu kerusi pula tak banyak, memang kena berdiri je lah. 

Yang saya kesian, ada satu uncle ni. Beliau pakai tongkat semasa berjalan. Bukan tongkat biasa tu, uncle pakai tongkat yang untuk kaki patah yang sampai ke siku tu. Dia pun akan buat Cataract Surgery juga, so kena buat apa yang Mak kena buat. Tapi kesian betul sebab kena berjalan agak jauh untuk semua prosedur tu.

Dan masa dalam lif, baru saya terperasan yang uncle ni pakai kaki palsu sebelah kanan. Patutlah dia pakai tongkat. Dan kami bawa beliau lalu short cut route dari Menara Selatan ke Menara Utama sampailah ke Klinik Oftalmologi.

Mak ada sebut, mintaklah anak-anak bantu untuk urusan hospital. Agaknya uncle tu frust sangat, so dia bisingla tentang anak-anak dia. Then Mak pesan kat uncle tu, jangan cakap macamtu, you kasi doa anak-anak bagus. Tapi yelah, frust kot dan harap anak tolong tapi tak dapat tolong.

Settle urusan appointment, baru ke kafe. Perghh punyalah lapar, ditambah pulak dengan lauk-pauk tengahri baru keluar, memang rezeki lapar lah kan. Ambil nasi, tofu telur, paru sambal dengan kacang buncis cauliflower goreng. Duduk kat meja tak pandang kiri kanan terus makan hahaha.

Lepas makan baru pergi kafe kat Klinik Surgeri untuk beli kopi dan pastries yang 3 keping hanya RM6.00. Baru balik naik GRAB.

Punyalah mengantuk harini, maybe dah beberapa hari ni saya sibuk tulis artikel untuk MDEC program E-Dagang Setempat (PeDAS), jadi maybe penat kot. Tiba rumah, minum air, ambik bantal dan baring sambil tengok TV. Jam 1 tengahari, terus lelap hahaha. Pastu terbangun pukul 4.15pm hahaha. Tu pun Mak yang kejut, kalau tak memang tak terbangun agaknya.

Ni lepas ni, nak sambung semula tulis artikel untuk usahawan PeDAS ni. Support mereka ya sebab mereka ni ada produk yang bagus-bagus, cumanya kurang dari segi online marketing je.

Sebelum saya menulis untuk mereka, memang dah makan, rasa, pakai minum produk-produk ni, jadi saya memang tulis apa yang experience sahaja. Semoga usaha saya dan kawan-kawan dapat memberikan manfaat buat mereka dan juga pelanggan mereka.

Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *