Uncategorized

3 Tips Berbelanja di Kedai Eco, Setia, Mr. DIY

3 Tips Berbelanja di Kedai Eco, Setia, Mr. DIY

3 Tips Berbelanja di Kedai Eco, Setia, Mr. DIY

Ada satu kedai Eco baru buka di kawasan Subang Permai, Shah Alam. Jadi masa balik dari open house (sikit punya lama cerita ni), kami singgah sekejap dengan amaran “30 minit je ye” dari driver kami. Hahahaha.

Senang laa orang tak pernah masuk kedai dua ringgit ni cakap. Nanti dia dah masuk baru dia tahu yang 30  minit tu namanya scan dan ambil barang no u-turn. Nampak je, ambik dulu, jangan fikir lelama. Nanti dah habis seround baru belek apa yang diambil. So ini 3 Tips Berbelanja di Kedai Eco, Setia, Mr. DIY.


Tips #1 Berbelanja di Kedai Eco, Setia, Mr. DIY :

Sediakan BAJET!

Masa mula-mula pergi ke Setia RM2.10, saya memang redah je and no expectation. Dan juga takde bajet. Konon sikit je nak beli sekali bila tengok jumlah yang kena bayar adalah RM42.00, baru rasa haruuu. Hahaha.

Tapi tak boleh nak salahkan saya juga, ceh ceh ceh, sebab semua benda yang dibeli tu adalah keperluan bukan kehendak. Macam penyapu, penyodok sampah, mop, pencuci lantai, stain remover, plastik sampah macam-macam laaa yang diperlukan.

Dan penyapu mop penyodok sampah tu dikira 2 barang ya iaitu batang dan mop/penyapu/penyodok sampah. Haa kat situ je dan 6 barang. Hahaha geleng kepala husband saya bila saya justifikasikan pembelian pada dia.

Start dari itu, setiap kali ke Kedai Eco, Setia, Mr. DIY, saya memang sediakan bajet yang munasabah.

Tips #2 Berbelanja di Kedai Eco, Setia, Mr. DIY :

Sediakan SENARAI!

Ini pun penting ya. Dulu Kedai Setia ni ada di Hulu Langat, jadi setiap kali menziarahi kakak ipar, memang pasti singgah Kedai Setia ni, siap bawak kakak ipar tu sekali join membeli walaupun dia selalu ke sana hehehe.

Jadi senarai barang yang ingin dibeli atau nama glamornya adalah shopping list ni sangatlah penting sebab nanti tertinggal kena tunggu sebulan lagi nak pi beli.


Tips #3 Berbelanja di Kedai Eco, Setia, Mr. DIY :

Penuhkan perut sebelum berbelanja!

Ini wajibbb juga sebab nanti bila lapar saya cepat marah cepat penat cepat sentap. Jadi memang selalu makan dulu baru pergi shopping supaya tidak berlaku adegan yang tidak diingini. Dan saya perasan kalau saya lapar, saya main ambik je barang ikut suka hati tak fikir dulu. Yelah lapar kan…

Gambar gambar kat bawah ni masa baru balik beraya dan terus singgah Kedai Eco. Tengok tu, mentol pun saya angkut dari Kedai Eco. So far pakai takde masalah. Yang penting, test dulu dulb yang kita pilih tu.


3 Tips Berbelanja di Kedai Eco, Setia, Mr. DIY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *