Uncategorized

4 Resepi Sambal Ikan Bilis Cili Padi PeDAS

4 Resepi Sambal Ikan Bilis Cili Padi PeDAS

Bila Sambal Ikan Bilis Seri Nenda ada kat dapur, saya senang hati. Sebabnya makanan boleh tersedia selepas nasi masak. Kalau pakai Noxxa, 7 minit dah siap, kalau pakai rice cooker, adalah dalam 15 minit. Saya suka masak 4 jenis masakan yang sangat mudah dan cepat dan saya kongsikan resepi Sambal Ikan Bilis CIli Padi PeDAS, keluaran Seri Nenda yang merupakan usahawan di bawah Program E-Dagang Setempat atau ringkasnya PeDAS. 

 4 Resepi Mudah Menggunakan Sambal Ikan Bilis Cili Padi PeDAS



Resepi pertama, Ayam Goreng Cili Padi.

Menu ni antara menu paling bahaya buat seorang yang tengah diet. Sebabnya, boleh jadikan kita makan 2 pinggan nasi ditambah dengan makan coklat atau aiskrim sebab pedas hahaha.

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam – dipotong kecil-kecil (potong 10)
1 sudu besar Serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 biji Bawang Merah besar – ditumbuk atau hiris nipis
1 biji Bawang Holland – hiris
1/2 botol Sambal Ikan Bilis Cili Padi Seri Nenda

Cara-caranya:

1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
2. Gorengkan ayam dalam minyak panas sehingga masak.
3. Keluarkan dan letak tepi.
4. Tinggalkan separuh minyak goreng ayam dan tumiskan bawang merah.
5. Masukkan Sambal Ikan Bilis Cili Padi Seri Nenda.
6. Masukkan bawang Holland.
7. Masukkan ayam goreng.
8. Gaulkan sampai sebati. Dah siap masak.
9. Sendukkan dalam mangkuk cantik dan ambil gambar dan post di Instagram.


Resepi kedua, Nasi Goreng Cili Padi PeDAS.

Haaa ini resepi sesuai untuk Sarapan Hari Ahad. Sebabnya boleh juga nasi sejuk yang kita kumpul beberapa hari dan juga hari yang kita boleh relaks kat rumah. Lepas sarapan, kita boleh makan aiskrim ramai-ramai sebab nak hilangkan pedas. Lepas sugar rush, boleh kerah semua buat kerja rumah hahaha bijak Mak.

Bahan-bahannya:

4 cawan Nasi Sejuk
1 biji Bawang Merah – ditumbuk atau hiris
1/2 botol Sambal Ikan Bilis Seri Nenda
3 biji telur

Bahan tambahan :

Kacang peas/Kacang Panjang
Carrot/Kangkung
Ayam/Udang/Sotong

Cara-caranya :

1. Tumiskan Bawang Merah dalam minyak panas.
2. Pecahkan telur dan gorengkan macam scramble egg.
3. Kalau ada bahan tambahan, boleh masukkan.
4. Masukkan Sambal Ikan Bilis Cili Padi Seri Nenda.
5. Masukkan nasi sejuk dan gaul rata.
6. Dah siap untuk dihidangkan.

4 Resepi Mudah Menggunakan Sambal Ikan Bilis Cili Padi PeDAS


Resepi ketiga, Ayam Berkicap dengan Cili Padi.

Ini satu lagi menu yang memang mengundang kehancuran diet. Hehehe. Kalau Ayam Kicap, suka padankan dengan lauk Sayur Campur. Makan kering-kering, tapi kalau berkuah, boleh tambah air untuk jadikan kuah. Kalau nak tambah lauk, buat Telur Dadar, fuhhhh terliur terus.

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam – dipotong kecil-kecil (potong 10)
1 sudu besar Serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 biji Bawang Merah besar – ditumbuk atau hiris nipis
1 biji Bawang Holland – hiris
1 cawan Kicap Manis
1/2 cawan Kicap Pekat
1/2 cawan Air – lebihkan jika suka berkuah
1/2 botol Sambal Ikan Bilis Cili Padi Seri Nenda

Bahan tambahan (jika suka):

Carrot – dipotong dadu
Kentang – dipotong dadu dan digoreng sampai masak
Kucai – dipotong 2 inci

Cara-caranya:

1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
2. Gorengkan ayam dalam minyak panas sehingga masak.
3. Keluarkan dan letak tepi.
4. Tinggalkan separuh minyak goreng ayam dan tumiskan bawang merah.
5. Masukkan Kicap Manis dan Kicap Pekat.
6. Masukkan air. Biarkan sampai mendidih.
7. Masukkan Sambal Ikan Bilis Cili Padi Seri Nenda.
8. Masukkan bawang Holland.
9. Siap untuk dihidangkan.

4 Resepi Mudah Menggunakan Sambal Ikan Bilis Cili Padi PeDAS


Resepi Keempat, Jemput-Jemput Bilis Bercili Api.

Okay, ini pulak untuk menu minum petang. Kalau saya buat sarapan, memang kena ada menu tambahan yang berat macam sandwich, nasi goreng etc. Ini menu yang kalau dibuat, tak payah hidang sos cili dah. Memang berpeluh makan!

Bahan-bahannya:

2 cawan Tepung Gandum/All Purpose Flour
1+ cawan air bergaram – ikut kepekatan yang diinginkan
1 sudu Baking Powder – untuk Tepung Gandum sahaja
1 biji Bawang Holland
3 Sudu besar Sambal Ikan Bilis Cili Padi Seri Nenda

Bahan Tambahan :

Udang
Kucai/Taugeh/Carrot

Cara-caranya :

1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaulkan sampai sebati.
2. Panaskan minyak dan masukkan sesudu adunan ke dalam minyak dan goreng sampai masak.
3. Siap untuk dihidangkan.

4 Resepi Mudah Menggunakan Sambal Ikan Bilis Cili Padi PeDAS


Mana nak dapatkan Sambal Ikan Bilis Seri Nenda ni?




Semoga bermanfaat!






Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *