Uncategorized

Ahad yang betul-betul relaks dan Wareong Spesial Sambal SS – TTDI

Ahad yang betul-betul relaks dan Wareong Spesial Sambal SS – TTDI!


2 bulan di tahun 2019 ni, amatlah jarang kami berdua dapat betul-betul rehat on Sunday. Maknanya takde apa-apa appointment. Takde lunch meeting. Takde apa-apa komitmen. Adalah kerja bisnes yang kena buat tapi kami tak buat.



Betul-betul relaks hari Ahad 3 Mac lepas.



Bangun pagi, lepas solat Subuh terus turun bawah buat jemput-jemput. Jemput-jemput ni kalau hari kerja, dapat goreng sikit je sebab makan masa kan nak goreng tu, so hari Ahad lepas, satu besen saya buat. 



Jemput-jemput ni cuma letak Bawang Holland 1 biji besar yang macam buah delima je. Letak 1 sudu besar Baking Powder, 1 sudu besar Perencah Nasi Goreng, 1 biji telur dengan air suhu bilik. Oh garam sikit.



Tapi kalini tepung gandum tu sama banyak dengan bawang, jadi bila goreng macam bawang tu tak berapa tenggelam dek tepung. Saya suka jemput-jemput yang banyak crispy kat tepi-tepi tu dan jugak kerak-kerak tepung tu, tapi kalau husband yang gorengkan, dia goreng kemas je, takde serpih-serpih tepung tu atau pun garing-garing hujung tu. Hahahaha harapnya faham laaa.



Disebabkan jemput-jemput tu banyak, maka tak buat breakfast lain dah. Mak dan husband akan ke Mesyuarat Agong Persatuan Penduduk, jadi takde plan nak masak lain.



For lunch pulak, Mak nak belanja makan but all plan kena tunggu selepas balik mesyuarat tu nanti.



Masa mereka ke AGM tu, cleaners ada lagi tengah bersihkan rumah sampai jam 10.00am.



Sementara tunggu mereka siap, saya jemur baju. Lepas tu tengok Outdaughtered S2 kat Astro TLC Channel 707. Kelakar tengok gelagat kembar 5 (quintuplets) pergi holiday ke Hawaii.



Lepas mereka siap, adik saya balik dari boxing and we both lepak lagi tengok TV. Saya tengok The Good Doctors S2 pulak. Yang ni recorded sebab saya selalu termiss tayangan kat TV.



Bila Mak dan husband balik, dorang bawak balik Nasi Lemak dan Mee Hoon. So lunch plan kita tangguh ke petang.



Pukul 1pm saya tidurrrr. Nikmatnya dapat tidur siang. Agaknya mengantuk sangat, senang je saya tidur, walhal biasanya kalau tidur siang ni, saya akan groggy lepas bangun, tapi semalam Alhamdulillah takde masalah.



Minum petang, saya makan Mee Hoon dan husband makan Nasi Lemak.



And we decide nak beli food dari Wareong Spesial Sambal SS – TTDI. Kami beli Ayam Goreng je dengan Sambal. Nasi dan sayur masak sendiri hehehehe.



So kami tapau 1 Ayam Goreng (Whole Leg) dan 3 Ayam Goreng (Breast). Sambal kami ambil Sambal Mangga (pedas giler), Sambal Bawang Tomato (Very mild) dengan Sambal Hati Pedal Bersantan (mild).



Ayam Goreng pada saya over cooked menyebabkan terlebih garing so keras sikit. Maybe boleh order Ayam Bakar lepas ni.



Sambal paling sedap dan pedas adalah Sambal Mangga. Saya memang tak makan Sambal Mangga sebab pernah makan sambal mangga yang masam.  Hahaha. Jadi malas nak makan sebenarnya masa Ahad tu.  Tapi sebab nak kan pedas, saya pun cuba dan rezeki saya dapat Sambal Mangga yang tak masam tapi pedas giler.



Sambal kedua sedap ialah Sambal Hati Pedal Bersantan. Pedas tapi sebab ada santan, jadi more to berlemak. Again, Hati dan Pedal tu terlalu garing sampai jadi keras, jadi tak berapa suka.



Sambal paling mild atau tak pedas adalah Sambal Bawang Tomato. Sedap cumanya tak pedas.



Sayur saya cuma masak Sup Kobis Cina sahaja. Tumis bawang merah, masukkan air dengan setengah kiub ayam, biarkan mendidih. Lepastu masukkan Kobis Cina dan sedikit garam. Sayur layu je terus padam api.



Sesuai sangatla sayur berkuah dengan ayam goreng dan sambal pedas.



Dan yang paling best adalah gambar apa pun takde! Dah nama Ahad yang betul-betul relaks kan….



Bye.





Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *