Esok dah raya lagi…cepat rasanya masa berlalu. Rasanya baru sambut Aidilfitri, ni dah Aidiladha pulak..


Raya kali ni hanya di kampung saya iaitu di Petaling jaya..hoho, dekat sahaja. Jalan pun tak jam, tol pun ilek.


cuma tak tau sempat ke tak masak. Sebab hari ni saya masih di pejabat. Bos, boleh balik awal tak?. Balik nak gi Gi*ant nak beli ayam dan lain-lain. then balik terus perap sekejap ngan garam kunyit dan goreng. kalau sempat tumis siap rencah masak tomato. balik kampung nanti, baru kahwinkan ayam dan kuah. Kenapa mesti lambat dikahwinkan? Sebabnya pelamin anganku musnah kecil, tak muat untuk pengantin tu semua 🙂


Bila beraya di kampung saya ceh ceh ceh, saya perlu menyumbangkan tenaga untuk memasak juadah raya. kesian kat mak, nanti mak penat. sekali sekala biarlah anak dan menantu mak masak untuk mak :)..tapi rendang mak memang tak dapat challenge lagi. Both my mum’s and in-law’s rendang mmg superb. berbeza yet sedapnya…sampai anak/menantu ni dok mengadap rendang tu tak sudah..


Mula-mula nak masak Nasi Beriyani dan kawan-kawannya, mengulangi kejayaan Open House hari tu. tapi adikku tak setuju, dia kata asyik nasi beriyani aje. maklumla, musim kahwin ni kan? mana-mana pergi pun makan Nasi Beriyani.


Maka tukar menu last minute. Nasi Tomato & the Gang. kenala pulak cari resepi kat net yang banyak nih.. jangan tak tau, saya ni kan tak pandai masak. every time nak amsak, kena berenang kat lautan informasi ni mencari resepi yang boleh saya ikut..IKUT tau, bukannya yang saya TAU..hehehehe..ni dah jumpa. harapnya saya boleh masak dengan jayanya..


Note: letak resepi, nanti senang tak payah carik lagi


Anyway, saya sekeluarga ucapkan Selamat Menyambut AidilAdha kepada semua rakan-rakan. Kepada yang berkelana, selamat pergi dan balik dengan selamat. Kepada yang berkorban, semoga anda dimurahkan rezeki selalu.