Review Usahawan PeDAS

Ajidyan Cendol Sedap Pagoh Usahawan PeDAS

Cendol adalah antara pencuci mulut yang famous di Malaysia, malahan dikatakan antara makanan yang terkenal di Asia Tenggara seperti di Singapura, Indonesia dan juga Brunei. Apakah itu cendol? Cendol merupakan satu pencuci mulut yang terdiri daripada ais yang dihancurkan, cendol yang berwarna hijau yang dibuat dari tepung beras, santan kelapa dan juga gula melaka yang dicairkan. Kalau di Malaysia ni, selain dari Cendol biasa ni, ada banyak lagi topping yang digemari rakyat Malaysia. Antara topping yang menjadi pilihan adalah durian, kacang merah dan jagung. Semua bahan ini akan dihidang di dalam mangkuk dan sedap dinikmati pada waktu tengahari yang panas lit-lit tu. Sekiranya anda berada di Johor, bolehlah singgah di Ajidyan Cendol Sedap Pagoh PeDAS yang merupakan usahawan Program Perkhidmatan E-Dagang Setempat (PeDAS) di bawah MDEC.

Baca petua santan cendol tahan lama dari usahawan PeDAS di sini.

Sedikit info mengenai PeDAS.

Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi yang baru diumumkan pada minggu lepas, peruntukan sebanyak RM20 juta telah diberikan kepada MDEC untuk program Perkhidmatan E-Dagang Setempat (PeDAS) bagi menaik taraf Pusat Internet Desa kepada hab e-dagang.

Siapakah Ajidyan?

Ajidyan yang merupakan pengeluar dan penjual Cendol di bawah jenama Ajidyan telah beroperasi sejak dari tahun 2011. Ramai pelanggan mereka yang menggemari cendol dan telah menjadi pelanggan tetap Ajidyan Cendol. Mereka ingin mengembangkan bisnes mereka ke tahap yang lebih besar serta membawa Ajidyan Cendol ke pasaran antarabangsa.

Kata Puan Nordiayana Sudari, pelancong asing sangat gemarkan Ajidyan Cendol kerana kombinasi santan dan gula yang manis, ditambah dengan ais hancur dapat melegakan tekak dek kepanasan cuaca di Malaysia. Sebab itulah beliau berhasrat untuk membawa Ajidyan Cendol ke pasaran yang lebih luas, dan tidak terhad kepada sekitar Pagoh sahaja. 

Baca tentang kedai cendol durian Pagoh di sini.

Satu keistimewaan produk Ajidyan Cendol yang menjadi kegemaran orang-orang Pagoh adalah Cendol Cocktail, iaitu gabungan antara cendol, ais hancur, santan, gula melaka dan juga buah-buah cocktail. 

Rasa manis-manis masam cocktail tu bila digaul dengan manis gula melaka tu membuatkan penggemar cendol mengunjungi Ajidyan Cendol setiap hari untuk menikmatinya! Ditambah dengan kebanjiran buah-buahan cocktail di dalam cendol membuatkan kita rasa puas makan. Tapi esoknya mesti pergi semula ke Ajidyan Cendol untuk makan cendol lagi.

Selain Cendol Cocktail, Ajidyan Cendol juga menyediakan Cendol Durian apabila tiba musim durian. Memandangkan lokasinya adalah di Pagoh, durian amat mudah didapati dan kualiti buahnya juga adalah terbaik. Tengok gambar bawah ni, terliur kan? 

Ajidyan Cendol Sedap Pagoh

Boleh dapatkan Ajidyan Cendol Sedap Pagoh Usahawan PeDAS di sini untuk sebarang maklumat lanjut.

Facebook – Ajidyan Cendol

Instagram – Ajidyan Cendol

Website – Ajidyan Cendol