Review Usahawan PeDAS

Arils Kedai Capal Handmade Johor PeDAS

Suami saya sangat cerewet dalam pemilihan kasut, selipar, sandal dan semua alas kaki lah kiranya. Dia akan pilih alas kaki yang selesa, yang tak akan buatkan kaki dia luka dan melecet. Saya pulak akan pastikan yang saya suka tengok alas kaki tu hahaha. Yelah kita yang nak tengok kan jadi kenalah sedap mata memandang. Jadinya kami jarang beli alas kaki melalui online. Apabila saya tahu Arils kedai capal handmade Johor ni wujud, terus kami singgah semasa dalam perjalanan balik kampung di Parit Yusof, Muar.

Kedai capal ni yang terletak di Jalan Bakri, Muar telah mula beroperasi sejak 6 bulan yang lepas. Walaupun baru sahaja memulakan bisnes, tetapi Tuan Arif Syahmi Mohd Shahril telah lama berkecimpung di dalam industri ini.

Dengan menggunakan jenama Arils, mereka bukan sahaja mengeluarkan capal yang dijahit dengan tangan, mereka juga mengeluarkan sandal dan barang-barang berasaskan kulit.

Baca tentang capal kulit asli Arils di sini.

Kedai Capal Handmade Johor

Kalau ikutkan, capal ni adalah satu jenis alas kaki tradisional. Kiranya orang dulu-dulu je lah yang pakai. Macam dalam filem P.Ramlee tu haaaa memang akan nampaklah mereka pakai capal. Terus nampak macho dan handsome walaupun muka biasa-biasa je hehehe. Dengan mengambilkira perkara ini, Arils Leatherville Craft telah menghasilkan capal-capal dengan design yang lebih kontemporari dan lebih menarik di mata orang muda.

Baca tentang Arils kasut pengantin lelaki Melayu di sini.

Ini kerana mereka ingin mensasarkan anak-anak muda agar terus menerus meminati capal dan kemudiannya mahu mengetahui cara-cara penghasilan capal secara tradisional dengan mengekalkan cara jahitan capal secara tangan. Menurutnya, industri capal ini tidak cukup sekiranya hanya mahu ‘cari makan’ sahaja. Ia memerlukan minat yang mendalam kepada seni ini supaya ia dapat menghasilkan design-design kontemporari dan sesuai dengan citarasa terkini masyarakat.

Lagi satu yang best tentang Arils Leatherville Craft ni adalah mereka mengeluarkan capal bukan sahaja untuk lelaki, wanita pun boleh menempah capal wanita untuk sedondon dengan suami. Lepastu, tempah jugaklah untuk anak-anak, biar semuanya sedondon dan sama bergaya masa majlis keraian nanti. So, ada capal lelaki. Capal wanita. Capal kanak-kanak. Confirm cantik je bila bergambar hehehe.

Di manakah Kedai Capal Handmade Johor PeDAS?

Alamat kedai – NO155E, KM15/4, Jalan Bakri, MUAR

Facebook – Arils Leatherville Craft

Instagram – Arils Leatherville Craft

Whatsapp – Arils Leatherville Craft

Semoga bermanfaat!