Review Usahawan PeDAS

Azzu Bahulu Ledang Johor Usahawan PeDAS

Bahulu, satu lagi kudapan atau snek kegemaran ramai, terutamanya saya hahaha. Bahulu merupakan makanan snek tradisional bagi Malaysia, Indonesia dan Brunei. Dikatakan bahulu ini hampir sama dengan Madeleine, sejenis kek span yang terkenal dari Perancis. Bahulu sering menjadi pilihan semasa Hari Raya dan juga majlis perkahwinan sebagai snek dan pencuci mulut. Azzu Bahulu Ledang Johor usahawan PeDAS atau Program Perkhidmatan E-Dagang Setempat mengeluarkan pelbagai jenis bahulu seperti bahulu cermai, bahulu gulung dan bahulu berperisa. 

Azzu Bahulu Ledang Johor Usahawan PeDAS

Perniagaan ini telah bermula sejak 2009 secara kecil-kecilan, namun impian besar pengasas Azzu Bahulu Ledang ini membuatkan mereka mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di bawah nama Azzu Seri Makmur Enterprise pada tahun 2014. Bermula dari itu, jenama Azzu Bahulu Ledang Johor ini terus menerus berkembang sehingga mereka berpindah ke kilang baru yang terletak di Tangkak, Johor.

Apabila ditanya mengenai impian perniagaan, Puan Norazlina Samsi berkata, beliau sangat ingin melihat generasi muda, ibu-ibu muda dan golongan berpendapatan rendah berjaya di dalam kewangan melalui perniagaan sampingan iaitu dengan menjual produk-produk berasaskan bahulu ini.

Produk-produk keluaran Azzu Bahulu Ledang Johor ini adalah produk yang terlaris dan sering menjadi pilihan pengguna dan antaranya produk tersebut adalah bahulu cermai.

Azzu Bahulu Ledang Johor Usahawan PeDAS

Bahulu Cermai merupakan produk utama mereka di mana ianya dibakar setiap hari pada waktu bekerja kerana permintaannya yang tinggi. Jadi memang sedaplah bahulu cermai ni sebab fresh dan lembut.

Selain itu, bahulu keluaran Azzu Seri Makmur Enterprise juga tidak menggunakan bahan pengawet namun ianya boleh bertahan selama sebulan! Wow apa agaknya rahsia mereka dalam mengeluarkan bahulu yang garing di luar tetapi tetap lembut di dalam?

Baca tentang bahulu sebagai door gift di sini.

Satu lagi kelebihan Azzu Bahulu Ledang Johor ini adalah, mereka telah diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM sebagai pengeluar bahulu HALAL di Malaysia. Bukan satu produk sahaja yang mendapat sijil Halal, malahan 19 produk keluaran Azzu Seri Makmur Enterprise ini adalah HALAL!

Petua untuk membuatkan bahulu sedap dan lembut ada di sini.

Azzu Bahulu Ledang Johor Usahawan PeDAS

Macam mana nak dapatkan stok Azzu Bahulu Ledang Johor ini?

Facebook – Azzu Bahulu Ledang

Instagram – Azzu Bahulu Ledang

Telefon / Whatsapp – 0173037621 / 06-9784 777

Alamat kilang – PKU 92 Kampung Seri Maamur, 84900 TANGKAK, Johor Darul Takzim

Semoga bermanfaat!