Review Usahawan PeDAS

Bahulu Door Gift Johor Usahawan PeDAS

Bahulu Door Gift Johor Usahawan PeDAS

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bahulu sentiasa menjadi pilihan para pengantin sebagai door gift majlis perkahwinan mereka. Ini kerana bahulu merupakan makanan snek popular di Malaysia, selain dari ianya tahan lama dan mudah untuk diuruskan. Manakala door gift adalah hadiah dari pihak pengantin kepada semua tetamu sebagai penghargaan di atas kehadiran mereka dalam meraikan pengantin. Bagi pengantin yang inginkan door gift yang ringkas tetapi dapat dinikmati oleh semua golongan lapisan masyarakat, bolehlah memilih Azzu Bahulu Ledang sebagai bahulu door gift Johor yang merupakan usahawan Program Perkhidmatan E-Dagang Setempat atau PeDAS di bawah kelolaan MDEC.
 

Bahulu Door Gift Johor Usahawan PeDAS

Mak saya selalu bercerita tentang pengalaman beliau membuat bahulu, setiap kali kami menikmati bahulu. Dan yang bestnya, kami tak pernah jemu mendengarnya sebab kami tak sempat merasa pengalaman ini. Betapa peritnya masa dulu-dulu nak makan bahulu sebab proses pembuatan yang panjang serta memenatkan! Tapi bila dapat makan bahulu tu, kata Mak lupa terus peluh penat masa membuatnya. 

Dulu-dulu, bahulu hanya dibuat masa bulan puasa sahaja dan proses membakar bahulu menggunakan arang. Tetapi sekarang ini, proses pembuatannya tidaklah serumit zaman dahulu dan bahulu dikeluarkan pada setiap masa sepanjang tahun. Bagi Azzu Bahulu Ledang Johor, ada banyak produk-produk mereka yang sesuai dijadikan sebagai door gift majlis perkahwinan atau majlis akikah atau keraian.
Bahulu Door Gift Johor Usahawan PeDAS
Saya paling suka bila dapat bahulu sebagai door gift. Tak kiralah bahulu cermai ke, bahulu gulung ke, bahulu berperisa ke, asalkan ianya garing di luar dan lembut di dalam.

Biasanya door gift ini akan diberikan kepada tetamu pada ketika tetamu ingin balik. Mereka akan bersalam-salaman dengan ibu bapa pengantin dan sebagai penghargaan, mereka akan menerima door gift, dan kalau mereka macam saya, akan melompat kegembiraan bila terima bahulu sebagai hadiah hehehe.

Door gift ni bukanlah wajib untuk diberikan kepada tetamu tetapi ianya lebih kepada konsep bersedekah yang merupakan satu amalan yang baik. Kalau dulu-dulu, telur rebus akan dijadikan sebagai door gift, kalau di Johor telur pindanglah yang dibawa pulang, tetapi sekarang ni, macam-macam perkara boleh dijadikan sebagai door gift, cuma sediakan bajet dan pilihllah ikut selera.
Bahulu Door Gift Johor Usahawan PeDAS
Kenapa perlu memilih bahulu keluaran Azzu Bahulu Ledang sebagai door gift majlis perkahwinan dan majlis keraian? Ini kerana bahulu mereka tidak mempunyai bahan pengawet dan tahan sehingga sebulan! 

Bahulu Door Gift Johor Usahawan PeDAS
Macam mana nak dapatkan stok Azzu Bahulu Ledang Johor ini?

 
 
Telefon / Whatsapp – 0173037621
 
Alamat kilang – PKU 92 Kampung Seri Maamur, 84900 TANGKAK, Johor Darul Takzim

Bahulu keluaran Azzu Bahulu Ledang ini boleh dipos ke seluruh Malaysia dan juga luar negara. Bolehlah orang London makan bahulu Johor semasa bulan Raya nanti kan? Hehehe.

Semoga bermanfaat!