Review Usahawan PeDAS

Baju Menyusu Patuh Syariah Cetusan Hatie PeDAS

Semenjak kempen menyusukan sendiri bayi-bayi yang dijalankan oleh pelbagai pihak, permintaan terhadap baju menyusu semakin meningkat. Ada juga butik ibu mengandung dan peralatan bayi menawarkan breastfeeding cover, iaitu sehelai kain lebar yang disangkutkan di leher dan menutupi bayi supaya mudah untuk bayi menyusu di mana-mana tanpa mendedahkan dada si ibu. Bagi wanita muslim yang bertudung, lazimnya tudung dijadikan sebagai penutup jika tudung yang dipakai cukup labuh. Tetapi sekadar memakai tudung atau cover sahaja, ianya tidak mencukupi. Atas sebab inilah, baju menyusu patuh syariah Cetusan Hatie PeDAS (Program Perkhidmatan E-Dagang Setempat) telah dikeluarkan bagi memenuhi permintaan pelanggan di segmen ini.

Baca tentang tips memilih pakaian muslimah di sini.

Cetusan Hatie Resources yang memfokuskan kepada pakaian muslimah di bawah jenama Cetusan Hatie telah diasaskan oleh pasangan suami isteri iaitu En. Mohd Syahid Zaini dan Puan Norzamzarina Koyube. Telah berkecimpung selama 5 tahun di dalam industri fesyen, kedua-dua pengasas ini mempunyai impian agar setiap rakyat Malaysia memiliki sekurang-kurangnya satu helai produk Cetusan Hatie terutamanya baju menyusu patuh syariah PeDAS.

Ingin tahu tentang pakaian muslimah Cetusan Hatie? Klik sini.

Industri baju menyusu ini dimulai dengan pengenalan nursing bra pada tahun 1943 oleh Albert A. Glasser namun perkembangan nursing bra sangat perlahan sehinggalah pada tahun 1991, Mary Sanchez telah berjaya mempatenkan kaedah pengancingan menggunakan satu tangan atau one-handed fastening method.

Namun sekarang ini industri baju menyusu ini semakin menjadi perhatian disebabkan demand dari ibu-ibu menyusu yang mementingkan keselesaan dan menjaga aurat mereka.

Dan setiap kali kita berbicara tentang pakaian wanita, kita pasti menyentuh tentang aurat seorang wanita. Secara amnya, patuh syariah bagi pakaian seorang wanita adalah longgar dan labuh. Berpegang kepada pernyataan ini, Cetusan Hatie mengeluarkan pakaian-pakaian yang longgar dan labuh bagi menepati syarat patuh syariah.

“Dalam menghasilkan setiap rekaan blouse dan jubah, kami perlu memberikan perhatian yang lebih kepada pemilihan material. Material yang dipilih hendaklah tidak melekat pada badan. Ia juga hendaklah tebal tetapi sesuai dengan iklim di Malaysia serta tidak jarang. Seboleh mungkin kami elakkan mengambil dan memilih kain bercorak dengan warna latar putih, kerana walaupun kainnya tebal, masih ada persepsi bahawa ianya sedikit nipis dan jarang”, ujar Puan Norzamzarina.

Apa yang penting, baju-baju menyusu keluaran Cetusan Hatie mematuhi garis panduan syariah dan cara untuk mendapatkan produk Cetusan Hatie adalah seperti berikut :

Website – Cetusan Hatie

Facebook – Cetusan Hatie

Instagram – Cetusan Hatie

Semoga bermanfaat!