Uncategorized

Balik Muar untuk Gong Xi Fa Chai


Balik Muar untuk Gong Xi Fa Chai


Biasanya cuti CNY memang kami tunggu-tunggu sebab cuti panjang. Cuti panjang pun sebab supplier kami banyak yang cuti, jadi kami rasa macam lebih bagus kalau bengkel Rahim Auto pun tutup jugak.

Tapi tahun ni, berbeza sikit sebab ada supplier yang cuti cuma 2 hari je. Jadi takde alasan dah nak present kat big boss mintak cuti panjang ahaks.

Still, kalaupun cuti setakat 2 hari je pun sempat balik Muar. As usual, bila dah tetua ni, drive malam tu dah tak best. Sebab TIDOR lagi best. Hahahaha. Nanti baru kat Bangi dah menguap-nguap macam dah tak tidur 5 malam.

Jadi kami decide, balik pagi Selasa tu. Kita berilah laluan pada yang beraya dan yang memuda ni balik awal. So, Selasa tu memang relaks la perjalanan. Kereta masih banyak, cuma tak jammed je la. Paling laju bawak pun 120 km/j. Banyaknya spedometer tu takat 90 km/j ke 100 km/j je.

Husband bawak half way je sebab dia mengantuk sangat. So kami tukar masa kat Senawang. Dan husband tidur all the way siap berdengkur sampai kampung. Saya mengantuk jugak sebab bawak slow kan, tapi ditemani oleh gula-gula eclipse yang Winterfrost tu makan sekaligus 4 biji memang segar laa mata.

Lagipun dah minum 2 cawan Kopi O Kaw Mc Donald yang tapau sekali dengan  Double Sausage McMuffin™ with Egg, so laratlaaa drive sampai kampung.

Bila sampai kampung, tengok-tengok cuma kami je yang balik. Abang Kakak lain tak balik rupanya. Tapi takpe, lagi best sebab boleh conquer Mak hahaha.

Lepastu Mak pulak boleh cakap yang sepupu ada buat kenduri akikah bersekali dengan majlis nikah kakak ipar dia, makanya berseluarlah saya ke jemputan tu. Nasib baik pakai palazzo, dibuatnya pakai jeans, memang tak pergilah saya.

Nilah Mak Mertua saya, yang sentiasa cantik je bila pergi jemputan.


Balik Muar untuk Gong Xi Fa Chai


Balik rumah, abang kembar husband takde. Mereka balik ke Sri Tanjung, jadinya takde orang, saya pun bukaklah tudung. Tengah-tengah berbual sambil baring, tetiba dengar bunyi kasut kat luar.

Melompat saya terus capai tudung dan pakai. Rupa-rupanya Kak Long dengan Abang Long datang. Dan mereka bawak favourite kuih saya iaitu Lepat Pisang! Panas-panas baru keluar pengukus. Tu yang bila bukak tu dibiarkan kejap sebab panas. Ini sebenarnya dah Lepat kedua dah saya makan, baru nak ambil gambar. Hehehe.

Kak Long siap tanya, “Bila nak makan je ambik gambar. Bagi sape tengok ni?” Hahaha soalan maut yang kelakar!


Balik Muar untuk Gong Xi Fa Chai



As usual, bila Mak tahu kami nak balik, Mak akan masakkkan Sambal Goreng buat menantu dia ni. Menu makan malam adalah Sambal Goreng dengan Rendang Ayam. Terasa macam nak raya.



Balik Muar untuk Gong Xi Fa Chai





Ni muka mengada. Hahaha baru balik kenduri, so sajelah nak posing.



Balik Muar untuk Gong Xi Fa Chai





Masa balik dari kenduri, kami nak pergi Parit Yusuf, nak pergi Farmasi. Lalu jalan lain sebab husband nak jalan-jalan. Tetiba lalu laaa kat sekolah rendah dia.


Ni sibuk nak panjat pagar sekolah. Katanya rindu nak belajar balik. Bahahah nasib baik pak guard tak halau or worst, ketuk kepada tangan dia dengan cota.



Balik Muar untuk Gong Xi Fa Chai





Gaya je lebih, panjatnya tak. Hahaha.



Balik Muar untuk Gong Xi Fa Chai





Tapi kami bermalam cuma 1 malam je. Yelah, dah cutinya 2 hari je kan.


Hari Rabu tu kami bertolak lambat. Tengah nak bersiap, Mak masuk bilik. Nak berbual jadinya kami layan je laaa. Sekali tengok dah dekat pukul 11 pagi, makanya terus mandi dan kemas.


Nak gerak, abang kembar husband balik dari kebun. Lepak borak kejap. Akhirnya bertolak pukul 12.30 tengahari.


Berhenti beli putu piring dan solat jamak, pukul 2.00pm baru masuk Tangkak. Ambikkkk, kat Tangkak PLUS Highway dah bersusun kereta. Rupanya ada accident. Masa kami masuk highway tu, tengah tarik nak naik ke tow truck. So maybe mereka stopkan traffic untuk tarik kereta ke tow truck tu. Lepas je area accident tu, perjalanan agak lancar.


Tapi kalau dah gerak petang, memang jemmmm laaaaa jalannya. Ingat lepas accident tu terus je lancar, rupanya clear sekejap dan terus menerus slow moving sampai Senawang dan kat sini terus melekat. Tapi still moving laaa. Memang menyampah kan kalau stuck in the jammed tapi takde pape sebab? Just sebab banyak kereta je.


Masa balik pun husband mengantuk giler so tukar driver masa kat Dengkil. Saya bawak sampai rumah, tapi tengah-tengah panas, masuk je kawasan Subang Jaya, terus hujan lebat giler sampai tak nampak jalan. Erghhhh dahlah saya yang tengah drive. Memang bawak slow giler 40km/j hingga 50km/j je.


Hujan lebat all the way sampai exit Seafiled sampai ke Federal Highway, baru clear. Merasalah bawak kereta macam kura-kura, yang penting selamat sampai ke destinasi.


Alhamdulillah, relaks-relaks je kalini balik. Memerap je kat rumah. Cuaca panas ni malas nak keluar. Duduk je kat rumah walaupun rumah kampung yang bahagian depan tu kayu, jadi masa tengahari sampai petang bahang nyaaaa sampai angin kipas pun panas. Maka berlonggok lah semua kat belakang sebab bahagian tu dah jadi rumah batu.


Kami plan nak balik setiap bulan walaupun cuma 1 hari je. Insyaallah.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *