Review Usahawan PeDAS

Bengkung Ibu Anis Kissmiss PeDAS

Saat mula tahu tentang kehamilan, perasaan jadi bercampur baur. Excited, nervous, gembira, risau, takut, jadi macam-macamlah. Perut tu kejap kecut, kejap kembang hahaha. Salah satu perkara yang saya terfikir adalah tentang proses berpantang. Saya adalah antara orang yang sangat percaya kepada proses berpantang. sebab saya tahu ianya akan memberikan manfaat dan kebaikan jangka panjang untuk diri saya. Tapi ini pendapat saya yang tersendiri la. Bila bercakap tentang berpantang, salah satu perkara penting adalah tentang bengkung. Kalaulah saya berjumpa dengan bengkung Ibu Anis Kissmiss PeDAS ni awal, tentunya ada kebaikannya.

Baca tentang kebaikan tilam baby di sini.

Apakah kebaikan memakai bengkung Ibu Anis Kissmiss ini?

Pertama, bengkung boleh membantu mengempiskan perut. Semasa kita mengandung, perut kita akan mengembang untuk menampung baby kita. Jadi kulit perut kita stretch dan mengambil masa untuk kembali ke saiz asal. Namun dengan bantuan bengkung, yang dipakai secara konsisten, boleh membantu untuk mengecilkan saiz pinggang dan perut tu. Tetapi ini perlulah diiringi dengan pemakanan yang sihat dan rendah lemak supaya mempercepatkan proses pemulihan ini.

Kebaikan kedua adalah membantu memperbaiki postur badan ibu-ibu yang berpantang. Kita ni, jarang perasan tentang postur badan especially bila kita duduk dan baring. Jadi dengan pemakaian bengkung, postur badan boleh dibaiki sebab bengkung kan dipakai dari atas perut sehingga ke peha? Dan bila pakai tu memang badan kita akan terikut tegak sebab bengkung tu melekat kat badan. Bila duduk atau baring, automatik kita tak slouch atau membongkok. Ini antara sebab saya suka pakai bengkung.

Kebaikan ketiga adalah bengkung dapat membantu kita mengurangkan kuantiti makanan kita berbanding biasa. Bila berbengkung ni, nak-nak lagi dengan bengkung ibu Anis Kissmiss ni, bengkung ni akan diikat kejap ke perut. Bukan ketat ya, cuma kejap atau melekat ke perut. Kita boleh makan macam biasa, cumanya amaun makanan tu je mengecil. So, kita cepat kenyang. Kalau lapar. biasanya 2-3 jam selepas waktu makan utama, boleh ambil snek-snek berkhasiat dan rendah lemak macam susu rendah lemak atau air soya atau makan makan buah-buahan atau biskut rendah lemak. Jadi takdelah kita kelaparan sangat kan? Dan itu memang cara diet yang disarankan oleh para pemakanan iaitu mengambil makanan 5-6 kali sehari dengan jumlah yang sedikit. Kecil tapi kerap. Haaaa gittew.

Baca tentang Barut Baby Homemade Selesa di sini.

Bengkung Ibu Anis Kissmis ni berbentuk bengkung lilit Jawa, tetapi telah dipermodenkan mengikut arus zaman. Bengkung lilit ini ditambah zip di bahagian tepi untuk memudahkan pemakaian. Cuma letakkan bengkung di atas perut, zip kan bengkung dan mula mengikat bengkung lilit ni. Jadi takdelah dah mula ikat tetiba terlucut melorot ke bawah membuatkan kita naik angin! Hahaha.

Bagaimana untuk mendapatkan Bengkung Ibu Anis Kissmiss PeDAS?

Facebook Page – Anis Kissmiss

Instagram – Anis Kissmiss

Whatsapp – Anis Kissmiss

Premis kedai –

39-1, Jalan Genting,
Taman Sri Indah,
11000 BALIK PULAU,
Pulau Pinang

Semoga bermanfaat!