Review Usahawan PeDAS

Biskut Lutut Rasso Tanjong PeDAS

Kesian saya. Saya tak pernah tahu tentang biskut lutut Rasso Tanjong PeDAS yang betul-betul sedap bila dicicah dengan Kopi O panas. Hahaha dah umur 40 tahun lebih baru tahu yang biskut yang saya panggil biskut keras kebatun tu nama sebenarnya adalah biskut lutut. Masa mula-mula dapat tahu, saya asyik ketawa je. Dah kenapa kau dipanggil biskut lutut?

Saya rasalah, ianya dipanggil biskut lutut kerana bentuk biskut itu yang menyerupai kepala lutut sebenar. Orang dulu-dulu adalah sangat simple, bila seakan-seakan sama saje, terus dinamakan sedemikian. Tak perlu nak berlapik-lapik atau nama yang canggih-canggih, terus namakan sesuatu berdasarkan benda sekeliling sahaja.

Biskut lutut Rasso Tanjong ini dikeluarkan oleh Azreen Rizal Enterprise yang telah memulakan perniagaan mereka semenjak 2 tahun yang lepas. Mereka memfokuskan perhatian perniagaan kepada pengeluaran biskut lutut serta biskut kelapa secara besar-besaran agar impian mereka untuk menjadi pengeluar produk-produk halal di Malaysia yang menepati citarasa masyarakat tempatan dan juga memasarkan produk mereka ke peringkat antarabangsa.

Bacaan lanjut tentang Biskut Lutut Tradisional Sedap ada di sini.

Orang luar Malaysia sebenarnya dah terbiasa dengan biskut lutut ni. Mereka panggil biskut lutut ni rusk biscuit. Biskut ni dibakar 2 kali untuk mengeringkannya dan selalunya digunakan bila anak-anak kecil tengah gatal gusi. Adakalanya di sesetengah tempat, biskut lutut ni diperbuat dari kek atau lebihan kek (leftover cake). Ada juga yang tambahkan kayu manis atau cinnamon flavor ke dalam biskut untuk bau yang lebih wangi dan rasa yang berbeza dari yang biasa. Terpulanglah kepada citarasa masing-masing.

Biskut Lutut Rasso Tanjong PeDAS

Apakah yang menarik tentang Biskut Lutut Rasso Tanjong ?

Pertama, Biskut Lutut Rasso Tanjong tahan lama dan jangka hayat biskut lutut ni adalah di antara 6 bulan sehingga 1 tahun. Cumanya biskut lutut kena simpan di tempat yang kering dengan dimasukkan dalam bekas yang kedap udara.

Kedua, biskut lutut ini tidak menggunakan sebarang bahan pengawet! Ini saya rasa perkara yang paling penting kerana walaupun tiada bahan pengawet, biskut lutut masih tetap sedap dan juga tahan lama.

Ketiga, untuk mengekalkan kesegaran biskut lutut ini, Azreen Rizal Enterprise ini akan menguli adunan biskut lutut ini dengan lebih lama supaya adunan ini akan dapat mengekalkan tekstur biskut yang garing.

Kelebihan bonus bagi Biskut Lutut Rasso Tanjung ini adalah mereka akan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi bagi menjamin kualiti biskut lutut.

Dapatkan resepi biskut kelapa legend di sini/

Bagaimana cara untuk mendapatkan Biskut Lutut Rasso Tanjong PeDAS?

Facebook – Rasso Tanjong

Instagram – Rasso Tanjong

Alamat Rasso Tanjong – B3 Bengkel MARA Sri Kendong, 71350 KOTA, Negeri Sembilan