Bloomer Queen Pakar Hilangkan Bau Hapak
Produk / Review

Bloomer Queen Pakar Hilangkan Bau Hapak Usahawan PeDAS

Saya antara orang yang menjemur baju-baju yang dibasuh di dalam rumah. Terpaksa bukan suka-suka hahaha. Dah pergi kerja waktu matahari baru naik, balik rumah pulak dah gelap gelita. Kalau jemur baju kat luar, bila angkat dah sejuk la sebab dah malam. Ataupun kalau hujan, sama-sama nangis masa angkat baju. Tapi sejak berjumpa dengan Bloomer Queen ni, saya dah tak risau baju-baju basuhan berbau hapak sebab jemur kat dalam rumah. Bloomer Queen pakar hilangkan bau hapak usahawan PeDAS atau nama penuhnya Program Perkhidmatan E-Dagang Setempat di bawah bimbingan dan naungan MDEC mempunyai produk yang mampu menghilangkan bau hapak.

Bloomer Queen merupakan jenama yang bernaung di bawah Red Impact Enterprise dan mereka telah berbisnes sejak 6 tahun yang lepas. Bloomer Queen adalah cecair pewangi fabrik yang mampu menghilangkan bau hapak di baju, langsir, karpet dan juga sofa.

Misi Red Impact adalah untuk membantu para ibu bekerja dan suri rumah dalam menyelesaikan masalah bau hapak dan kotoran degil di dalam rumah.

Baca Tips Rumah Sentiasa Berbau Wangi di sini.

Apa yang menarik tentang Bloomer Queen adalah cecair pewangi fabrik ini tidak meninggalkan kesan kepada fabrik. Ini antara perkara yang diambilkira oleh orang-orang terlebih cerewet macam saya hehehe. Paling sakit mata bila kita spray cecair kat langsir lepas tu bertompok-tompok lepastu memang kerah husband untuk turunkan langsir untuk dibasuh. Dahhhh tambah satu kerja lagi. Ye lah, biasanya tukar langsir dan basuh langsir adalah kerja setahun sekali. Eh hahahaha terbocor rahsia.

Baca tentang pengeluar pewangi rumah terbaik di sini.

Dan paling best adalah boleh disembur ke baju sebelum digosok. Haaa jimat jimat duit dah tak payah beli Ironing Aid dah.

Puan Khalidah, founder Bloomer Queen berpesan, sembur Bloomer Queen pada pakaian kita sebelum lipat pakaian. Sure semangat nak melipat 3 gunung kain bila ada spray fabrik ni sebab baunya wangi!

Ini info tambahan dari pengasas Bloomer Queen Pakar Hilangkan Bau Hapak Usahawan PeDAS. Katanya cecair Bloomer Queen tidak merosakkan kulit jika terkena pada kulit. Namun begitu, bagi yang mempunyai kulit sensitif, diminta berhati-hati semasa menggunakan cecair Bloomer Queen dan disarankan untuk memakai sarung tangan sebelum memegang botol Bloomer Queen. Lebih baik beringat sebelum terkena kan?

Di mana nak dapatkan Bloomer Queen?

Pertama, boleh dapatkan di Stokis-Stokis Bloomer Queen. Ini senarai stokisnya.

Shah Alam, Selangor
Rawang, Selangor
Kuala Kubu Bharu, Selangor
Hulu Selangor, Selangor
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tanjong Malim, Perak
Kampung Gajah, Perak
Ipoh, Perak
Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Dungun, Terengganu
Gua Musang, Kelantan
Singapura
Brunei Darussalam

Kedua, di Facebook Bloomer Queen.

Ketiga, di Instagram Bloomer Queen

Keempat, di kedai mereka yang beralamat di :

PT 17035 Kedai dan Pejabat
Jalan Permai
35900 TANJONG MALIM

Whatsapp mereka di Bloomer Queen.

Semoga bermanfaat!