Review Usahawan PeDAS

Butik Muslimah Fatma Sofia PeDAS

Pakaian muslimah ataupun busana muslimah semakin mendapat tempat di kalangan wanita Islam di seluruh dunia, sehinggakan wujud Minggu Fesyen atau Fashion Week khas untuk pakaian muslimah di kota-kota ternama di dunia. Industri fesyen dunia ini sangatlah besar dengan nilai USD1.78 trillion hanya pada Februari 2019 sahaja. Walau bagaimana pun, industri fesyen bagi wanita muslimah masih lagi mempunyai ruang dan peluang yang besar untuk founder-founder butik seperti Butik Muslimah Fatma Sofia PeDAS bersama-sama memperkasakan pemakaian patuh syariah di kalangan wanita muslimah.

Dalam agama kita, Islam tidak menetapkan fesyen apa yang boleh dipakai oleh wanita. Islam juga tidak pernah menetapkan warna-warna tertentu yang boleh dipakai oleh wanita dan lelaki. Tidak ada peraturan yang menyatakan hitam hanya untuk wanita dan putih hanya untuk lelaki. Perkara yang dititik beratkan dalam pemakaian fesyen, terutamanya untuk wanita adalah mengenai penutupan aurat wanita. Aurat wanita, seperti yang diturunkan di dalam Al-Quran di dalam suran An-Nur ayat 31, menyatakan bahawa aurat wanita adalah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan kedua telapak tangan.

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar (maksudnya), “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya” – HR Abi Dawud

Berdasarkan inilah, Puan Siti Fatma Sofia binti Mohamed Sudin, pengasas kepada Urduga Enterprise yang membawa jenama Fatma Sofia turut sama memperjuangkan industri fesyen wanita yang memegang kepada kedua-dua dalil ini.

Baca tentang jahit pukal pakaian Semenyih di sini juga.

Setiap keluaran Fatma Sofia akan mematuhi syarat-syarat yang telah digariskan oleh Islam. Antaranya adalah longgar dan tidak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan seseorang wanita.

Butik Muslimah Fatma Sofia

Design yang dikeluarkan oleh Butik Fatma Sofia ini sentiasa mementingkan konsep patuh syariah, selesa dan masih lagi trendy.

Pakaian dari Butik Muslimah Fatma Sofia PeDAS boleh didapati menerusi :

Facebook – Fatma Sofia

Whatsapp – Fatma Sofia