Review Usahawan PeDAS

Capal Kulit Asli Arils PeDAS

Capal. Antara warisan Melayu yang saya sangat suka. Semasa merancang pemakaian semasa majlis nikah dan majlis bersanding, saya memang minta, atau sebenarnya paksa hehehe, bakal suami saya tu pakai capal. Punyalah cerewet saya pada masa tu dan takut bakal suami tu tersalah beli menyebabkan saya sendiri pergi beli capal di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kemudian serahkan pada beliau dengan ucapan “Jangan lupa bawak!” Hehehe. Kelakar bila kenangkan kisah tu. Kenapa saya cerewet? Sebab saya nak bakal suami pakai capal kulit. Tapi masa beli tu, bukanlah capal kulit yang tapak dia keras. Menurut penjual, capal sebegitu jualannya kurang memberangsangkan lalu mereka tidak menyimpan stok. Dan pada masa tu saya belum berkenalan dengan Capal Kulit Asli Arils PeDAS lagi, kalau tak, pasti saya beli terus dari mereka.

Baca tentang Arils kasut pengantin lelaki Melayu di sini.

Sedikit info tentang capal saya kongsikan di sini. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, capal adalah alas kaki yg dibuat daripada kulit dan rupanya seakan-akan selipar Jepun. Ia merupakan alas kaki tradisional bagi orang Melayu. Capal yang menjadi sebahagian daripada warisan Melayu kini semakin dilupai dan ia tidak lagi popular dan tidak digunakan secara meluas. Mengikut sejarah capal, ia dikatakan dibawa oleh pedagang India yang memakai selipar jenis tersebut ketika mereka datang ke Tanah Melayu dan Nusantara beratus tahun lampau [1].

Capal Kulit Asli Arils PeDAS

Apakah kelebihan Capal Kulit Asli Arils PeDAS?

Pertama, Capal Kulit Asli Arils dibuat menggunakan tangan. Jahitan tangan memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi tetapi ia akan menghasilkan kekemasan yang bernilai tinggi. Namun begitu, ada juga bahagian yang memerlukan jahitan mesin untuk mengukuhkan capal dan memanjangkan hayat sesebuah capal. Namun dengan adanya bantuan mesin, lebih banyak capal-capal dapat dihasilkan berbanding hanya apabila menjahit dengan tangan sahaja.

Baca tentang Arils Kedai Capal Handmade Johor di sini.

Kedua, capal kulit asli Arils tahan lama kerana menggunakan kulit kambing dan lembu yang telah dirawat bagi memanjangkan penggunaan capal tersebut. Selain itu, apabila kulit haiwan digunakan, alas capal akan lebih lembut dan tidak menyakitkan kaki apabila berdiri dalam masa yang panjang.

Ketiga, capal kulit asli Arils akan membuatkan si pemakai lebih bergaya dan handsome! Hahaha tambah lagi bila pakai baju melayu Johor dengan songkok tinggi, fuuuuuh cair Ahkak tau! Saya memang suka sangat bila husband pakai baju Johor, songkok tinggi dan capal. Tak puas mata memandang hehehe.

Boleh tengok sini untuk menempah capal kulit asli PeDAS keluaran Arils Leatherville Craft.

Facebook – Arils Leatherville Craft

Instagram – Arils Leatherville Craft

Whatsapp – Arils Leatherville Craft

Alamat kedai – NO155E, KM15/4, Jalan Bakri, MUAR

Semoga bermanfaat!