Cara-Cara Berjumpa Doktor di RUKA PPUM
Bulan Disember 2020, saya mula merasakan ada yang tak kena dengan health saya. Saya mudah rasa pening atau dizzy bila buat kerja-kerja rumah yang aktif, contohnya macam alihkan kerusi, angkat karpet even sometimes just vacuum dan mop pun ada rasa melayang-layang, sampaikan saya kena duduk sekejap dalam 5-10 minit, then baru sambung. Itu pun akan rasa jantung berdegup kencang dan kuat, so saya pun pergi buat blood test di klinik swasta. Saya kongsikan kenapa saya perlu ke RUKA PPUM dan cara-cara berjumpa doktor di RUKA PPUM. Semoga ada manfaatnya.
Blood Test di Klinik Swasta
Untuk buat blood test ni, saya kena berpuasa at least 8 jam sebelum darah diambil. Jadi saya mula berpuasa jam 12 malam dengan jangkaan ke klinik awal pagi supaya tak kelaparan sangat hehe. Dan tips penting untuk blood test ni adalah minum air kosong sebelum ke klinik sebab blood test ni termasuk dengan urine test. Keputusan darah akan diperolehi dalam masa 2 hari sebab klinik swasta ni akan hantar ke lab (makmal) luar. Bayaran yang dikenakan adalah RM115 dan kemudian RM25 untuk konsultasi dengan doktor.
Jadi bila blood test result dah siap, saya kena berjumpa doktor pulak untuk review. Masa ni memang saya tak jangka keputusannya iaitu saya kekurangan darah merah atau anemia. Doktor cadangkan untuk mencari punca kenapa darah merah berkurangan iaitu 8.9 berbanding normal 12.0.
Jadi doktor referkan saya ke RUKA PPUM. Saya pilih PPUM sebab mudah jika saya ada rekod di sana. At the same time saya nak check-up my hypertention juga supaya ada pantauan.
Steps untuk ke RUKA PPUM
So, first thing adalah doktor akan beri SURAT REFERRAL. Dengan adanya surat ini, lebih mudah untuk dapatkan temujanji doktor di RUKA PPUM. Before this saya dengar susah nak dapatkan appointment di PPUM, mereka akan hanya terima referral letter dari Klinik Kesihatan sahaja dan akan menolak referred cases dari pihak klinik/hospital swasta. Tapi dalam kes adik saya, mudah juga sebab beliau pun mengalami kes yang sama dan disebabkan beliau baru discaj dari private hospital atas kes viral fever yang teruk, beliau cuma bawa blood test result je dari hospital dan request untuk appointment follow-up di RUKA PPUM.
Step kedua adalah pergi ke RUKA PPUM. Entrance RUKA PPUM ni dah baru so mudah sikitlah. Kalau drive sendiri ke PPUM, boleh parking kereta di atas bangunan Kecemasan. Kalau boleh cari parking area 3A atau 3B sebab mudah untuk turun ke RUKA. Just turun ramp ke tangga kafeteria dan turun ke bawah menghala ke Menara Selatan. Tapi bila sampai di traffic light, jangan melintas ke Menara Selatan, turn left untuk ke RUKA.
Step ketiga adalah daftar Visa Kemasukan PPUM dan scan MySejahtera.
Step keempat adalah dapatkan nombor giliran di pintu masuk (dalam) RUKA PPUM. Akan ada staf PPUM bantu jika datang di awal pagi atau kalau takde, tekan SESI PAGI untuk dapatkan nombor giliran. Nombor giliran ni untuk PENDAFTARAN sahaja. Kemudian tunggu di depan kaunter 1 – 2 untuk pendaftaran. Setelah selesai pendaftaran, tunggu di kawasan kaunter 3 – 6 untuk pembayaran dan untuk dapat nombor giliran berjumpa doktor.
Bayaran untuk pendaftaran adalah RM5.00 sahaja.
Lepas bayar, mereka akan maklumkan ke mana arah tuju kita selepas itu. Macam saya, perlu naik tingkat 1 dan tunggu di depan bilik 23. Then kita tunggu nombor giliran untuk berjumpa doktor.

Selepas berjumpa doktor, saya perlu membuat blood test dan temujanji semula 2 minggu lagi. So pergi ke kaunter di pintu masuk di tingkat yang sama untuk dapatkan tarikh blood test dan temujanji.
So settle dah untuk kali ini. Now blood test dah buat. Urine test pun dah selesai. Tunggu doktor review 2 minggu lagi. Semoga baik-baik sahaja Insyaallah. Saya telah kongsikan kenapa saya perlu ke RUKA PPUM dan cara-cara berjumpa doktor di RUKA PPUM. Semoga ada manfaatnya.

Bye!