Uncategorized

Cara-cara menampal ROADTAX tanpa merosakkan cermin kereta

Cara-cara menampal ROADTAX tanpa merosakkan cermin kereta


Sebelum ni kan, bila husband in-charge untuk tampal sticker roadtax ni, selalu sakit hati. Sebabnya dedulu, pihak insurans tak bagi roadtax holder ni. So, kena beli sendiri la kalau nak.

Jadi bila dapat beli yang kita suka, takkan nak pakai setahun je? Kenalah pakai banyak tahun. Tapi macam mana nak bagi tahan lama? 

Caranya adalah tampal kat plastik dulu roadtax tu, barulah guna roadtax sticker tu untuk lekatkan kat cermin.

Lagipun, tak suka giler bila buang roadtax lama tu. Gam dahlah kuat, so, bila dah tanggalkan pun kesan gam tu masih ada. Buat sakit mata dan sakit hati je bila naik kereta. Dahlah depan mata.

So, inilah cara-caranya. Ramai yang dah tahu, tapi saje je lah tulis kat sini.


Langkah #1

Sediakan barang-barang yang diperlukan.

– Pembalut buku atau sebarang jenis plastik yang “transparent”.

– Roadtax of course

– Gunting


Cara-cara menampal ROADTAX tanpa merosakkan cermin kereta





Langkah #2


– Tanggalkan roadtax dengan berhati-hati.


– Bila dah sampai kat gambar BUNGA tu lagi kena tarik perlahan-lahan sebab ada macam potongan kat situ.





Cara-cara menampal ROADTAX tanpa merosakkan cermin kereta





– Masa tarik yang kat bunga tu, kalau terkoyak, lekatkan balik dan tarik semula dengan berhati-hati. Camener nak cakap ek? Nak ambil video, tengah sensorang masa ni.



Cara-cara menampal ROADTAX tanpa merosakkan cermin kereta





Langkah #3


– Bila dah berjaya tanggalkan roadtax, terus tampalkan di Pembalut Plastik ni. Masa tampal, make sure takde gelembung udara ya supaya tak menggerutu.


– Orang OCD je faham betapa seksanya kalau tampal ada gelembung udara.



Cara-cara menampal ROADTAX tanpa merosakkan cermin kereta


– Lepas tu gunting dan kemudian tampal kat cermin dengan Sticker Roadtax yang Insurans bagi.

– Jadi takdelah masalah gam dan sakit hati selagi gam tu tak dibersihkan. Nasib baik kat bengkel tu ada chemical so senang la nak tanggal. Cumanya nak menunggu husband tu je yang berjanggut sikit. Macam ni, sendiri buat sendiri puas hati kannn bahahahahha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *