Cara Makan Madu Kelulut
Review Usahawan PeDAS

Cara Makan Madu Kelulut dari Lulu Tree PeDAS

Sejak berusia 40 tahun ni, dan dikejutkan dengan pelbagai berita tentang kesihatan dan kematian rakan kenalan atau celebriti dan artis, saya semakin tegar untuk menjaga kesihatan. Kalau dahulu ianya adalah pilihan, sekarang ini tidak lagi malahan ianya adalah wajib untuk menjaga kesihatan. Salah satu cara saya menjaga kesihatan diri dan keluarga adalah dengan mengambil madu kelulut. Sejak mengetahui tentang khasiat makan madu setiap hari, saya terus amalkannya dan di sini saya kongsikan cara makan madu kelulut dari Usahawan PeDAS keluaran Lulu Tree.

Khasiat Minum Madu Setiap Hari

Madu lebah kelulut sememangnya diketahui banyak membantu meningkatkan kesihatan kita. Sebagai makhluk Allah, lebah-lebah kelulut ini akan bekerja mengumpulkan nektar dengan berpandukan wahtu Allah dan mereka ini menggunakan laluan pergi balik ini seperti yang Allah aturkan. Hebatnya ciptaan Allah ini.

Apa yang terhasil merupakan madu yang terbaik yang mana kualiti terbaiknya telah ditentukan oleh Ratu Lebah. Tetapi, jika kita makan madu dengan cara yang salah, ianya tidak akan menjadi ubat kepada badan kita.

Apa cara makan madu kelulut dengan betul?

Pertama, madu kelulut disimpan di suhu bilik sahaja.

Madu kelulut tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk kerana peti sejuk akan mengubah kualiti vitamin di dalam madu. Tapi ramai yang takut madu dihurung semut, tetapi suhu terbaik untuk menjaga kesegaran madu kelulut adalah sekitar 31 °C ke 32 °C .

Namun begitu, apabila meletakkan madu di dalam suhu bilik, pastikan madu kelulut ini tidak terkena matahari secara terus (direct) atau pun berhampiran oven atau microwave (ketuhar gelombang mikro).

Kedua, hanya gunakan sudu plastik atau sudu kayu atau sudu seramik sahaja.

Dalam iklan-iklan berkaitan madu, pernah tak nampak sudu apa yang mereka gunakan? Mereka akan pastikan mereka guna hanya sudu kayu sahaja dalam iklan tu. Kenapa gunakan kayu atau plastik?

Ini kerana dikatakan madu akan bertindakbalas dengan permukaan logam kerana madu mempunyai kadar pH yang berasid. Jadi jika mahukan agar madu menjadi penawar, makanlah madu kelulut dengan sudu plastik, sudu kaca (seramik) atau sudu kayu.

Ketiga, biarkan madu di dalam bekas atau botol asalnya

Jangan tukar atau alihkan madu ke dalam bekas lain. Jika perlu untuk mengalihkan madu ke bekas lain, pastikan bekas tersebut kedap udara. Pastikan juga bekas tersebut kedap udara serta gunakan bekas atau botol kaca atau plastik sahaja. Ini adalah syarat untuk memelihara khasiat dan kualiti madu tersebut.

Selain itu, semasa menyentuh madu kelulut dengan sudu, pastikan sudu tersebut kering dan tidak lembap. Air akan membuatkan madu cepat rosak.

Khasiat Minum Madu Setiap Hari

Setelah mengetahui cara makan madu kelulut dengan betul, boleh dapatkan madu kelulut berjenama Lulu Tree yang diternak sendiri, bermula dari pembikinan hive atau rumah kelulut, peralatan penuaian, pengeluaran dan penjualan madu asli dan juga barangan kosmetik dari madu kelulut.

Facebook – Lulu Tree Madu Kelulut

Instagram – Lulu Tree Madu Kelulut

Blog – Lulu Tree Madu Kelulut

Youtube – Lulu Tree Madu Kelulut

Semoga bermanfaat!