Review Usahawan PeDAS

Cara Membuat Mee Sayur dari Usahawan PeDAS

Mee buatan sendiri sebenarnya lebih mudah dibuat dan tak perlukan pun mesin pasta tapi kalau ada lebih bagus la kan? Ini cara membuat mee sayur dari usahawan PeDAS yang dikongsikan oleh Puan Siti Jamilah binti Mahful, pengasas Mee Sudin Melaka.

Baca tentang keistimewaan Mee Sudin Melaka di sini.

Cara membuat mee sayur

Bahan-bahannya :

2 cawan Tepung Serbaguna

1/2 sudu kecil Garam

2 biji Kuning Telur

1 biji Telur

1/3 cawan jus ekstrak sayur-sayuran pilihan

1 sudu kecil Minyak Sayuran atau Minyak Zaitun

Sedikit Tepung Serbaguna

Cara-caranya :

1. Di dalam mangkuk yang besar, gabungkan Tepung Serbaguna dan Garam. Kemudian buatkan satu lubang besar di tengah-tengah mangkuk.

2. Di dalam mangkuk kecil yang berasingan, masukkan Kuning Telur, Telur, Jus ekstrak sayur-sayuran dan Minyak. Gaul sampai sebati.

3. Kemudian, tuangkan adunan di dalam mangkuk kecil ke dalam mangkuk besar. Maknanya, adunan Telur, Jus dan Minyak tu dituang ke dalam adunan Tepung dan Garam.

4. Gaul adunan tersebut sampailah sebati. Jangan risau kalau masa ini adunan tu melekit-lekit.

5. Taburkan sedikit Tepung ke atas permukaan yang akan kita gunakan untuk menguli.

6.Keluarkan adunan dan letakkan ke atas permukaan yang bertepung itu. Mulakan menguli adunan sehingga adunan itu licin dan elastik. Masa menguli lebih kurang 10 ke 15 minit, bergantung kepada penguli. Masa mula-mula dulu, lama saya kena uli sebab tak pandai lagi. Tapi sekarang ni dah okay la, so dalam 10 minit. Tips dia adalah uli sampai licin, tu je.

7. Lepas adunan doh dah licin, biarkan adunan rehat selama 10 minit.

8. Selepas 10 minit, bahagikan adunan doh kepada 4. Kalau rajin boleh timbang untuk dapatkan berat sekata.

9. Gelek adunan doh tu menjadi segi empat bersaiz 12 inci x 9 inci. Jangan lupa taburkan dulu tepung ke permukaan kerja supaya tidak melekat.

10. Taburkan tepung lagi ke permukaan doh dan biarkan sebentar selama 20 minit tanpa ditutup.

11. Gulung adunan doh. Tak perlu ketat-ketat.

12. Potong gulungan doh sebesar 1/4 inci ataupun ikut suka. Kalau suka halus, boleh kecilkan saiznya.

13. Buka gulungan doh yang telah dipotong.

14. Kalau mahu, potong mee sayur tu menjadi sepanjang 2 atau 3 inci.

15. Untuk mengeringkan Mee Sayur ini, letakkan Mee ke atau Wire Cooling Rack selama 1 ke 2 jam. Kemudian boleh lah disimpan ke dalam Zip Lock Bag atau bekas tertutup dan letakkan ke dalam freezer. Boleh tahan sehingga 8 bulan.

Mahu tahu tentang Mee Sayur Kering yang berkhasiat, baca di sini.

Mana nak dapatkan Mee Sudin ini?

Facebook – Mee Sudin

Instagram – Mee Sudin

Whatsapp – Mee Sudin