
Crispy Bayam Brazil Spicy Wanz Bites PeDAS
Pada zaman dahulu, saya seorang yang tak makan sayur-sayur hijau berdaun sebabnya sayur berdaun semuanya adalah pahit kecuali bayam. Waktu cuti sekolah, kadangkala kami ke rumah Makcik saya yang kami panggil Umi, untuk belajar mengaji. Umi tahu yang saya takkan makan makan sayur hijau kecuali bayam. Everytime Umi masak sayur hijau je, saya akan tanya, “Umi, ni bayam ke?”. Bila Umi jawab bukan bayam, saya memang takkan makanlah sayur tu. Jadinya, selepas itu, semua sayur pun Umi cakap bayam. Bila tanya kenapa pahit, itu bayam jenis lain hahaha. Tapi sekarang, I am a changed woman. Dah suka makan sayur pahit macam peria dah pandai makan madu kelulut yang masam sikit. Jadi bila berjumpa dengan Crispy Bayam Brazil Spicy keluaran Wanz Bites usahawan PeDAS, lagilah seronok kan.
Produk Crispy Bayam Brazil Spicy ini dikeluarkan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan snek yang bermutu tinggi, yang boleh dinikmati setiap hari tanpa menjejaskan kesihatan. Puan Wan Nooraini, founder kepada Wanz Bites berkata, mereka ingin berkongsi snek Crispy Bayam Brazil ini dengan pelanggan yang berada di luar daerah dan juga di luar negara. Mereka ingin meletakkan Crispy Bayam Brazil Spicy ini bersebelahan dengan rak-rak yang menempatkan kerepek kentang di pasaraya terkemuka di luar negara.
Mereka percaya yang ramai pelanggan akan mendapat keseronokan memakan sayur tanpa sedar. Mereka mahukan pelanggan mendapat manfaat dari Bayam Brazil dan dapat meningkatkan pemakanan sayuran dalam diet harian mereka.
Sedikit perkongsian berkenaan dengan Bayam Brazil.
Dikenali juga dengan nama Brazillian Spinach dan Sambu Lettuce, bayam jenis ini mudah ditanam dan dibiakkan dan ianya sesuai ditanam di dalam pasu.
Daunnya adalah rangup dan memang sedap jika dibuat kerepek. Selain itu, Bayam Brazil boleh ditumis, dimasak berkuah seperti kari dan masak lemak serta dibuat sebagai salad. Mat Saleh pun suka sangat dengan Brazilian Spinach ni sebab tu Wanz Bites yakin produk ini akan diterima di peringkat antarabangsa.
Jika sukakan peria, boleh baca tentang Crispy Peria Berperisa di sini.
Antara kebaikan Bayam Brazil adalah ia membantu meningkatkan sistem imuniti badan dan juga membantu dalam proses pencernaan. Iyalah, sayur kan? Bayam Brazil juga membantu dalam tumbesaran anak-anak maka sebab itulah Popeye makan spinach sebelum membuat kebaikan!
Crispy Bayam Brazil Spicy ini boleh dijadikan sebagai snek dan kudapan harian jika sedang diet. Ianya dapat menggantikan keperluan mengunyah ketika mengantuk dan kelaparan. Jadinya tidaklah kita capai biskut atau kuih-muih manis waktu minum petang kan? Kita dapat jaga kesihatan, dapat berdiet sebab kalori bayam brazil ni rendah sahaja and at the same time, dapat enjoy makan snek setiap hari.
Mahu info tentang pengusaha kerepek peria Pahang, ada di sini.
Ada 3 cara untuk dapatkan Crispy Bayam Brazil Spicy Wanz Bites:
Facebook – Crispy Peria Berperisa Wanz Bites
Instagram – Crispy Peria Berperisa Wanz Bites
Kedai – Kampung Bukit Betong, Kuala Lipis, Pahang
Youtube – https://youtu.be/XSurkdLZsbI