Uncategorized

Cuti-cuti Alor Setar : Day 1

Cuti-cuti Alor Setar : Day 1

Alor Setar. Lama giler tak datang sini. Last datang masa convo in 1999. 18 tahun tak jejak Alor Setar. Kali ni Cuti-cuti Alor Setar ni pun datang sebab anak kakak ipar dah last semester kat UUM. Barulah terhegeh-hegeh Maksu dan Paksu datang jengok.

Beli tiket masa Air Asia Free Seats tu. Siap makan dan beg dan tax cuma seratus lebih. Maaflah saya tak ingat sebab dah lama beli. Beli pun untuk Saya, Suami dan Mak saya. Ayah punya tiket akan beli last minute sebab ayah nak tengok keadaan badan dia masa tu.

But, pada 6hb September 2017, kami kehilangan satu-satunya pakcik yang masih hidup. Adik ayah yang sangat rapat dengan ayah. Masa bulan Ogos tu, Ayahchu dah start sakit dan saya berulang alik ke hospital dengan ayah untuk visit Ayahchu.

Walaupun expected, tapi bila tiba masanya, kita tak akan bersedia untuk melaluinya. And we saw how devastated Ayah masa ni. Dapat tengok betapa sayangnya Ayah pada Ayahchu ni. *nangis*

Sejak rabu malam ayah sangat sibuk. Uruskan dan guide sepupu kami dalam menguruskan jenazah Ayahchu. Balik lewat malam, itupun sebab Ayah dah tak larat. Khamis, pergi Masjid dan kubur untuk last iring Ayahchu. Malam pergi Masjid lagi untuk tahlil arwah.

So Jumaat saya tanya Ayah, nak ikut kami ke Alor Setar ke? Ayah cakap okay sebab tahlil Ayahchu last hari Sabtu so selesalah Ayah nak ikut.

Tapi kesian Ayah sebab flight kami pukul 7.00pagi. And knowing us ni menggelabah, kami akan ke KLIA2 pukul 5.00am. Ayah kata takpe sebab dia biasa bangun awal.

So, 5.00am adik saya hantar kami ke KLIA2. Sampai pukul 5.35am dan turunkan bag semua. Dah check-in tapi boarding pass belum print. dan nak kena check-in bag semua. Beli luagage sebab susah nak bawak. Ayah akan guna wheelchair untuk perjalanan kali ni. KLIA2 ni besar, nanti Ayah akan penat. 

Saya sangkut masa nak print Boarding Pass ni. Bila masukkan Booking Number, dia kata not valid. “Eh apahal tak valid?” Cuak dah masa ni, sebab before boarding, nak solat Subuh dulu.

2 kalli key-in tak lepas, saya carik staff Air Asia. Dia suruh saya try lagi sekali, kalau tak boleh, pergi Kaunter 16 untuk bantuan. Saya buat sekali lagi dan tak lepas, so saya lari ke Kaunter 16. Ya Allah, ramainya oang beratur. Kat sini untuk nak check-in bag dan jugak untuk print boarding pass bagi memana yang ada problem.

Saya dah menggelabah dah masa ni. Saya start baca Ayat Kursi sebab saya dah start panic. So dapat bertenang sikit dan Allah ilhamkan saya untuk try sekali lagi. 

First check bebetul email tu. Rupanya saya salah tengok email. Itu Booking Number untuk flight AOR-KUL. Patutlah tak valid! Adoiiii.

Dah dapat Boarding Pass, saya terus ke Kaunter 16. Masih ramai lagi. Sambil saya tolak wheelchair ayah tu saya baca lagi Ayatul Kursi, berserah sepenuhnya kepada Yang Maha Kuasa. Masya-Allah, baiknya Allah. Tiba-tiba Kaunter 15 dibuka dan staff Air Asia tu terus panggil saya untuk check-in bag. Alhamdulillah. Syukur sangat sebab masa tu dah pukul 6.00am.

Kami terus ke Boarding Area dan solat kat sana. Kat dalam tu banyak surau dan tak ramai orang. Kalau kat Terminal, ramai sangat orang. Yelah, passenger dan yang hantar akan solat kat situ. Kalau kat Boarding tu, cuma passenger je ada.

Sempatlah saya beli kopi panas kat dalam tu, sementara tunggu Suami, Mak dan Ayah solat. Lega sangat sebab dah lapar dan mengantuk dah masa ni.

Cuti-cuti Alor Setar : Day 1



Natural beauty sangat masa ni. Dengan mengantuknya. Tapi saya tak kisah sangat sebab nanti terbang, saya akan tidur. Memang biasa dalam flight saya akan tidur.


Tapi saya bangun untuk makan Nasi Lemak Pak Nassir yang saya order, hehehe. Lepas tu tidur lagi sampailah touchdown. Kami turun lambat sebab Ayah kan guna wheelchair, so kami dinasihatkan turun selepas habis penumpang lain turun.



Sultan Abdul Halim Airport Alor Setar ni memang kecik. Takde apa pun kat Arrival. Keluar je dari plane, terus masuk terminal dan ambil bag dan terus keluar. Takde kedai pun hahaha.



Tapi, saya tak book kereta lagi pun. Gamble betul kali ni. Rupanya Allah aturkan kami untuk gunakan kereta dari HERTZ. Biasanya kereta HERTZ ni mahal. Tapi rezeki kami bawak mak ayah, dapatlah harga promo sewa kereta Proton Saga 1.3 (A) untuk 24 jam hanya RM95.00 sahaja. So kami agree untuk sewa sampailah hari Selasa jam 11.00am sebab flight kami pukul 1.30pm nanti.



Cuti-cuti Alor Setar : Day 1



Dah settle toilet dan surau untuk Dhuha, baru kami gerak ambil kereta. Saya tolak wheelchair dan mak tolak troli penuh bag. Husband pergi ambil kereta.


Cuti-cuti Alor Setar : Day 1


First thing kami buat kat Alor
Setar adalah MAKAN! Hahaha memang inilah tujuan kami ke sana. Visit my niece
and food hunting. Siap ada list restoran mana nak pergi.

Kami dalam perjalanan ke Padang
Besar. Lepas tu nak ke UUM visit my niece. Lepas tu baru patah balik ke Alor
Setar.

So oni first meal lepas
touchdown. Makan Roti Telur, Roti Canai dan Roti Sardin. Lain sikit rasa
roti-roti ni kat LoqStaq. Sedap memang sedap, at least kenyang. Dahlah murah,
so bestlah.


Ni muka tengah geram sebab saya
minta tengok kamera nak ambil gambar. Hehehe.

Cuti-cuti Alor Setar : Day 1


Bawah ni gambar Roti Sardin dia.
Terbaiklah sebab sardin lagi banyak dari bawang dan kulit. Lagi satu, sardin
dia sedap! Tak hanyir. Kulit roti tu pun sangat lembut dan tak liat. Kari dia
memang special. Macam campuran Dhal, Kari dan Sambal Tumis. Menarik betul sebab
selalu jumpa, kuah dia asing-asing kan? Dia campur semua tapi mixture tu sesuai
rasanya, dengan pedas sambal dan kari serta lemak-lemak kuah dhal tu. Nampak je
cair, tapi rasanya…pergh.

Cuti-cuti Alor Setar : Day 1


Lepas isi perut, kami terus gerak
ke Padang Besar. Masa ni, saya dah tak tahu dah mana jalannya. Sebab dah
berbeza sangat dengan sebelum ini. Jadi, Wazelah penyelamat saya. Ikut je mana
Waze tunjuk. Ini antara pemandangan saya rakam dalam perjalanan.

Cuti-cuti Alor Setar : Day 1


Cuti-cuti Alor Setar : Day 1


Di Padang Besar, saya tak
ambil gambar pulak sebab busy cari Pasar Padang Besar tu. Dah jumpa,
Alhamdulillah dapat park kereta yang dekat sangat dengan pintu masuk. Jadi mak
dan ayah tak perlu jalan jauh sangat. Nanti nak round dalam tu.

Barang-barang jualan memang banyak, terutamanya untuk pelancong
macam saya. Sibuklah cari cenderamata untuk adik-beradik semua. Barang-barang
dagangan banyak dari Siam, and murahhh. Tapi kesian kat mereka, sebab tak ramai
pengunjung. Kami tiba dalam pukul 11am, memang tak ramai.

Husband dok usha seluar, dapatlah
harga agak murah. Bila kami bayar, dicium-ciumnya duit tu. Ini gesture yang
menandakan inilah duit jualan pertama untuk mereka. And they are so grateful
and thankful for this rizq.

Saya beli Tomyam Paste merah 1 botol
besar dan 2 botol kecil. 1 botol Tomyam Paste putih tapi bila balik KL, saya
menyesal sebab beli 1 je. Sedap giler tapi mahal sikit dari paste merah. Kenapa
ek?

Pastu beli bag-bag kecik dengan
sederhana untuk family. Dapatlah 1 bungkus RM10.00. Kualiti okay dan
cantik-cantik bag tu. 

Mak saya borong kaftan kat sini.
Oh saya belikan pajamas untuk my nephew. Comel sangat dengan patch Ultraman.
Yang girls saya dah belikan minggu sebelumnya, so just small bag untuk mereka.

Satu je tak best kat sini. Panas
sangat. Berbahang dalam tu. Lagi pulak takde aircond. Cecepat kami keluar sebab
tak tahan panas. Lagipun dah takde pape nak beli dah.

So, terus ke Sintok. Guna Waze
jugaklah sebab dah tak tahu jalan. Dalam perjalanan, terjumpa gerai mangga ni.
Ni je satu gerai mangga, sebab adik ni cakap belum musim. Ni pun buah dia
lambat masak, so dapatlah kami merasa. 

Kesian mak sebab mangga memang
favourite mak. Saya siap belikan extra luagage untuk beli buah-buahan kat sini,
tapi takde rezeki. Tak banyak buahnya. Kat sini beli mangga beberapa kilo
dengan air jus mangga. Ini ayahlah yang nak. Pastu ayah minum paling banyak
walaupun ayah cakap kita kena share sebab banyak sangat. Hahaha sedap kot or
maybe haus berjalan kat Padang Besar tadi.

Cuti-cuti Alor Setar : Day 1


Dah kenyang dengan air mangga,
kami terus ke UUM, Sintok. Jalannya dah besar tapi rasanya tak lalu Pekan
Changlun. Maksudnya tak lalu kawasan yang nak sangat saya tengok perubahannya.
Ini macam jalan tepi lah kalau datang dari Padang Besar.

Sampai UUM, my niece kata dia ada kelas, so saya pergi
ke Kolej Guthrie, tempat saya bertapa for 3 years. Sekarang namanya dah jadi
Sime Darby. Pastu cafe cuma ada 1 je. Satu lagi tu jadi office. Sunyi masa ni
sebab time kelas. Tu yang tak segan ambil gambar macam ni hehehe. 



Cuti-cuti Alor Setar : Day 1


Ni kitorang kat cafe dia. Dok
cari makanan sebab lapar. Hehehe. Minum jugak sebab panas masa ni. Ayah tu,
lepas minum, dia duduk dalam kereta sebab nak tidur. Jadi kami lepak cafe lah
sementara tunggu Atul.

Cuti-cuti Alor Setar : Day 1


Ni lah my niece from husband’s
side. Last semester kat UUM. Baru je register Sabtu lepas, so ni first day of
the semester. Lama duduk sini sampai air pun 3 gelas!


Tolong Atul sebab dia risau kalau
subjek elektif dia tu tak cukup student. Kalau tak cukup, nanti kena bubar
kelas tu. Kelas lagi satu tu clash dengan core subject dia, so tolonglah dia
carik elektif yang senang nak score. Hehehe.

Cuti-cuti Alor Setar : Day 1


Dah settle, hantar Atul balik
kolej. Siap pergi toilet sebab minum banyak sangat air. Lepas tu gi The Mall
sebab Atul cakap Maksu kena tengok sebab dah baru. Pergh memang best la. Ada
coffee joint yang berair-cond dan mahal kopinya. Ada macam-macam jualan makanan
dan peralatan sesuai dengan hidup student. Siap dengan butik semualah! Beli
jugak sikit makanan buat kudapan dalam kereta sementara nak drive ke Alor
Setar.

Cuti-cuti Alor Setar : Day 1


Nanti saya sambung Cuti-cuti Alor Setar : Day 1 ni. Rasa dah panjang sangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *