Uncategorized

Dah bulan kedua di tahun 2020 – Ccepatnya…

Dah bulan kedua di tahun 2020 – Cepatnya…

Ya Allah, sekejapnya rasa masa berlalu. Dah masuk bulan Februari di tahun 2020 ni. Dulu masa Tun M isytiharkan Wawasan 2020 ni, rasa lama giler nak sampai tahun 2020. Alhamdulillah panjang umur sampai ke tahun 2020 ni.

Salah satu azam 2020 ni nak banyak tulis di blog. Hahahaha dan bulan Januari hanya ada 1 entry sahaja. Ni memang azam tinggal azam je. Saya banyak update di IG saudahsallleh dan FB Sa’udah Salleh. Senang kot sebab kalau untuk SocMed, handphone lebih cepat dan mudah. Untuk blog ni, kena guna laptop baru syok menulis.

Rasanya kena tulis dalam planner la untuk update blog. Lebih mudah nak ingat dan jadikan tabiat.

Untuk tahun ni, azam masih tak berubah iaitu nak healthy living. Dannn masih terbabas juga, jadi untuk Februari ni, saya akan mulakan dengan elakkan minuman manis dan minum Green Tea Extract keluaran Hahimas Sdn Bhd. Saya juga akan minum 3L air kosong sehari tanpa miss. Doakan saya berjaya dan berterusan istiqamah selama 90 hari Insyaallah.

Untuk Rahim Auto – Bengkel Kereta Untuk Wanita, saya telah menyediakan Content Marketing untuk setahun dan ini antara achievement yang sangat saya banggakan sebab tahun lepas buat sahaja tanpa ada execution.

In March, Mak akan jalani pembedahan mata untuk buang katarak. Pembedahan ini dijadualkan pada Disember 2019 tapi ditangguhkan sebab masa tu Mak on antibiotik untuk liver abcess Mak tu. Tapi okaylah dapat awal sikit sebelum puasa kan. Dan pembedahan tu hari Jumaat, jadi adik yang akan temankan. Saya cuma hantar dan ambil je. Sebabnya weekend tu saya kena jaga Mak sebab adik takde. So balance la.

Saya rasa kena ada banyak entry untuk ceritakan apa yang terjadi sepanjang tahun 2019, especially masa Mak warded dan in critical condition. Insyaallah doakan saya dapat menulis dengan baik dan dapat share perkara yang bermanfaat. Ameen.

Ok bye!


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *