Uncategorized

Daily Journal – Habit of Successful People

Daily Journal – Habit of Successful People

Tahun ini, saya ada membuat satu tabiat baru berdasarkan perkongsiaan dari kawan saya Puan Suraya Ali. Puan Suraya berkata, setiap jutawan ada beberapa tabiat yang sama, antaranya adalah Daily Journal atau Tabiat Jurnal Harian.

Daily Journal ini merupakan kumpulan beberapa perkara yang mesti ditulis setiap hari. Ada beberapa perkara yang saya tambah sebab rasanya perlu ditulis juga. 

Yang saya gunakan adalah :

1. Daily Quote
2. Today’s Goal/Outcome Expected for the day
3. 3 Daily Affirmations
4. 3 Things I am Grateful
5. 3 Amazing Things Happened
6. 3 Things To Do Better
7. Productivity Score
8. Lesson Learnt
9. Person Met Today

Item #1 sampai 4 saya tulis di sebelah pagi. Biasanya masa nak mulakan kerja. Tapi saya rasa nak tukar selepas bangun tidur. Lebih mudah dan confirm Insyaallah tak terlupa. Sekarang saya tulis Jurnal masa nak mula kerja, tapi kalau tak pergi Bengkel Kereta, saya akan tulis kalau teringat ataupun kalau dah bertukar hari, memang kosonglah muka surat tu.

Item #5 hingga #9 tu kita tulis waktu malam, paling sesuai sebelum tidur. Tapi kadang kala kalau dah mengantuk sangat, mana nak mengadap Jurnal ni kan? Hahaha. So saya akan tulis pagi esoknya. Mengenang kembali apa saya buat semalam. Nanti nak try tulis sebelum tidur.

Mula-mula saya dan kawan-kawan tulis sendiri 9 perkara ni setiap hari. Kami mula in December 2019 dan cuba untuk konsisten menulis setiap hari. Tapi disebabkan dah nak tahun baru, makanya berbaloilah beli planner 2020.

Daily Journal - Habit of Successful People

Kami juga tempah sticker supaya kami lebih seronok menulis Jurnal ni. Senang dan cantik sikitlaaa dari tulisan saya sendiri. Hahaha. Sticker ni kecik je supaya semua jenis buku boleh guna. Saya beli planner 2020 bersaiz A5, ada kawan saya beli saiz A6. Ada yang guna buku nota biasa je. Jenis buku tu terpulang pada diri sendiri.

Bila dah tampal, perghhh aura dia Masya-Allah…menulis 18 kali rasa tak boleh tolak dah kena tulis jugak kali ke-19 kali. Hahahaha.

Ini cara saya tampal dalam Planner 2020 saya.

Daily Journal - Habit of Successful People

Ini pulak bila dah start menulis.

Daily Journal - Habit of Successful People

Mula-mula saya tulis separuh dari Daily Planner tu. Tapi lepastu saya fikir, abaikan je appointment dan tasks tu sebab saya memang guna Calender untuk simpan semua temujanji dan tasks yang saya perlu buat. Jadi pada 17 Januari 2020, saya guna sepenuhnya Daily Planner 2020 tu untuk dijadikan Daily Journal – Habit of Successful People.

So far, dah sebulan lebih buat habit ini. Dan saya dapati, saya aktif menulis pada hari-hari kerja sahaja kecuali hari Rabu. Sabtu Ahad memang gone. Tak isi dah.
Untuk hari kerja, disebabkan saya letak Jurnal ni kat dalam bag laptop, jadi bila pergi bengkel, bila keluarkan laptop, akan ternampak Jurnal ni dan akan keluarkan dan spend 5 minutes untuk isi.
Hari Rabu adalah hari BNI, jadi saya keluar awal pagi dan selalunya memang tak isi jurnal.
Weekend memang jarang buka laptop, dan juga biasanya sibuk dengan majlis dan aktiviti bersama keluarga, jadi tak isi juga.
Saya rasa nak ubah mindset saya ni yang bila nak isi jurnal, perlu atas meja kerja. Saya boleh isi jurnal atas katil je atau tanpa perlu meja sebab lepasni saya nak mengisi jurnal ni pada waktu pagi sebelum atau selepas Subuh. Dah taknak tunggu sampai bengkel baru nak isi.
Dan Jurnal ni saya nak letak kat bilik tidur, bukannya dalam bag laptop. Isi perkara pagi waktu pagi dan perkara malam pada waktu malam sebelum tidur. Nak try habit baru ni untuk manage my time even better.
Sekiranya ada readers yang nakkan sticker-sticker ini, saya boleh berikan secara percuma sahaja. Cuma email kepada saya di saudahsalleh2@gmail.com perkara berikut untuk saya poskan sticker tersebut.
Nama :
Alamat :
No. Telefon :
Semoga tahun 2020 adalah tahun yang lebih baik dari tahun sebelumnya, untuk dunia dan akhirat. Ameen.
Semoga bermanfaat! 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *