Uncategorized

Demam pertama di 2019 dan Semalam yang lalok akibat dadah!

Demam pertama di 2019 dan Semalam yang lalok akibat dadah!

Semalam saya terpaksa cuti disebabkan demam dan selsema juga batuk. Dah start hari Khamis lagi masa di Bengkel Kereta Rahim Auto. Saya ingatkan bersin-bersin biasa je, tapi pukul 12.00 tengahari dah rasa sakit tekak dan sakit kepala.


Biasanya, kalau sakit kepala, samada tekanan darah saya ni tinggi (lebih 140/80) ataupun saya demam panas. Kalini sebab saya konsisten makan ubat darah tinggi, makanya saya suspect saya demam.


Tapi malas nak ke klinik, hahaha boleh? Memandangkan ubat ada lagi, maka saya pun start dengan Zyrtec (Cetirizine). Biasanya saya start dengan Panadol Soluable, tapi ada terbaca yang hypertention patient tak berapa sesuai dengan Soluable, so saya terus ambil Cetirizine.


Yang bestnya, saya terlupa yang Cetrizine ni kuat penangannya. 30 minit lepas makan, memang dah tak boleh buat apa dah. Memang akan tidur yang blackout for at least 3 jam.


Memang betul pun, tapi kalini lewat sikit saya tidur. Jam 1.00pm terus dah tak boleh tahan mata, naik atas (office), on air-cond terus baring kat sofa. Tak sedar apa-apa sampailah jam 3 lebih. Tu pun sebab ada call penting yang kena jawab. Lepas tu, saya turun bawah terhoyong hayang pergi toilet. Tapi masa ni dah tak berapa ngantuk. Dapatlah saya buat kerja sikit tapi pukul 5 lebih saya lalok balik!


Sempat saya lelap sekejap sampai pukul 6 lebih then terus siap untuk balik. Hahahah nasib baik berbisnes, jadi boleh la adjust kerja. Kalau masa kerja dulu, memang akan ke klinik dan mohon MC sebab memang tak akan dapat buat kerja pun kat office.


Hari Jumaat, pagi tu memang saya tidur je. Bangun-bangun tengok jam dah dekat pukul 10 pagi. Makkkk aiiii dah lama saya tak overslept macam ni.


Bila saya tengok keadaan saya macam ni, saya rasa saya perlu cuti satu hari. Jadinya saya pun terus maklum pada office yang saya cuti 1 hari. Sebab saya rasa pelik, kenapa lalok semacam ni? Walhal saya makan Cetrizine tu Khamis jam 12.00 tengahari.


Rupanya kesan Cetrizine tu dirasai seawal 1 jam selepas pengambilan dan boleh last sehingga 24 jam.


Tapi agaknya saya ni jarang ambil ubat-ubatan sebegini, jadi lambat nak wear-off kot.


Apa yang saya buat sepanjang hari semalam?


1. Tidur


– Lepas Subuh saya tidur sampai jam 10.00am.


– Then petang saya tidur lagi pukul 4.00pm sampai jam 6.00pm.


– Malam pulak, pukul 9.30pm saya dah gone case.




2. Tengok TV dengan Mak


– Ini yang saya rindu. Sejak 2019 ni, saya agak busy dengan bisnes, jadi memang kurang spend time dengan Mak.


– Semalam, tengok TV sambil borak-borak. Mak kan baru lepas operation Cataract, so mata Mak dah okay cuma kena pakai spek yang ada power sikit sebab masih ada serpihan cataract lagi dalam mata. Tapi bulan Ogos ni akan operate lagi untuk buang serpihan tu. Mak kata rugi pulak buat spek sebab sekejap sangat. Kalau setakat membaca Al-Quran tu Mak okay, penglihatan jelas untuk dekat. Cuma yang jauh je belum lagi.




3. Makan


– Disebabkan tekak tak sedap, saya banyak makan merepek semalam.


– Makan Maggi Hot Meltz Ayam Bijan Panggang.


– Chipsmore Double Choc (Pink).


– Biskut Hup Seng cicah MILO.




Anyway, Alhamdulillah saya dapat rehat 1 hari semalam. Sejak tahun baru ni, memang saya tak dapat rehat bebetul sebab banyak planning yang perlu saya buat. Dan sekarang ni musim panas, mungkin saya ada kurang minum air (water), sebab tu saya demam. 


First demam in 2019!



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *