Review Usahawan PeDAS

Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah PeDAS

Sekupang 3 ketui saja dik. Teringat saya pada pakcik kedai di Kedah semasa pertama kali saya ke Kedah. Masa tu Ayah sebagai Juru Audit Dalaman banyak outstation pada hujung tahun untuk jalankan audit, jadi kami ni tumpang sekali jalan-jalan makan angin sama. Nak beli gula-gula, jadi tanya pakcik kedai macam mana kira gula-gula ni, pakcik jawab sekupang 3 ketui. Nganga saya sebab saya ingatkan sekupang tu satu ringgit hahaha. Rupa-rupanya sepuluh sen sahaja! Bila dengar Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah PeDAS, tersenyum saya sebentar teringatkan kisah ini.

Bahulu merupakan satu makanan tradisional yang sangat terkenal di musim hari raya dan keraian seperti majlis perkahwinan atau majlis akikah atau cukur jambul. Dulu-dulu bahulu dibakar dengan menggunakan sabut kelapa. Lepas tu, kena guna dapur kayu api yang panas, tambah lagi kalau bulan puasa. Akan jadi haus betul sebab berdiang sebelah api kan?

Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah

Tapi sebelum boleh dibakar, kena adun dulu adunan bahulu ni. Dulu-dulu nenek kita guna pasu besar giler sebab nak masukkan gula, telur dan tepung sekali banyak terus. Kena guna whisk yang macam spring tu, pukul sampai lah sebati dan gebu. Mak saya kata, bila masa pukul adunan dengan masa bakar, memang nak marah je sebab penat. Tapi bila dah siap bakar, fuhhh hilang terus penat sebab sedap dan dapat makan berbiji-biji bahulu cermai tu. Tapi bila Tok Mak tengok balang kuih lepastu decide yang kuih bahulu tak cukup, kena buat lagi, haaa Mak kata menyesal pulak makan banyak. Bila buat, marah. Bila makan banyak, menyesal hahaha.

Tips bahulu tradisional lembut ada di sini.

Tapi sekarang, dengan teknologi yang ada dan terkini, proses membuat bahulu terutama sekali Bahulu Sekupang ini lebih mudah dan cepat. Bahulu keluaran HBB Utama Enterprise ini dikeluarkan dalam beberapa perisa dan beberapa jenis bentuk untuk memenuhi permintaan pelanggan mereka.

Telah berada di pasaran sejak dari tahun 2008, Bahulu Sekupang mempunyai matlamat dalam membantu menaikkan taraf kehidupan masyarakat sekeliling mereka dengan menawarkan pekerjaan kepada suri rumah dan ibu-ibu tunggal. Ini kerana selain bekerja, mereka juga boleh menjual semula Bahulu Sekupang supaya kewangan mereka bertambah kukuh.

Kenapa dinamakan Bahulu Sekupang?

Ini kerana setiap bahulu berharga sepuluh sen sahaja semasa diperkenalkan. Menarik bukan?

Mahukan pembekal door gift bahulu sekupang? Klik sini.

Cara mendapatkan Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah PeDAS :

Facebook – Dhiaza Bahulu Sekupang

Whatsapp – Dhiaza Bahulu Sekupang