Door Gift Kacang Potong
Review Usahawan PeDAS

Door Gift Kacang Potong PeDAS

Kacang potong atau dikenali juga sebagai Bepang Kacang merupakan snek tradisional popular dan sering menjadi pilihan rakyat Malaysia. Kacang potong juga popular sebagai hidangan snek di musim perayaan kerana bahan-bahan ramuannya terdiri dari bahan yang mudah didapati iaitu kacang, gula dan bijan. Ia juga popular untuk majlis perkahwinan dan sering dipilih menjadi juadah untuk tetamu. Atas sebab inilah, Noor Cookies mengeluarkan door gift kacang potong PeDAS atau nama penuhnya Program Perkhidmatan E-Dagang Setempat dengan bimbingan di bawah MDEC.

Info tentang Snek Rangup Kacang Gula di sini.

Berdasarkan kajian, secara puratanya orang dewasa mengambil snek makanan ringan sebanyak 1 hingga 2 kali sehari. Walaupun kandungan gula dalam kacang potong sangat tinggi, namun kacang tanah yang digunakan mempunyai kandungan khasiat yang tinggi kerana ia mempunyai kandungan asid amino, protein, vitamin B dan vitamin E yang tinggi .

Baca tentang Kacang Potong Noors Cookies di sini.

Dalam memilih door gift, ada 3 tips yang perlu diambilkira supaya door gift kita sesuai dengan majlis.

Yang pertama, pilih door gift yang tahan lama. Senang sikit famili nak handle. Saya pun setuju sebab dah handle majlis adik-beradik dan sepupu serta ahli keluarga lain. Masa majlis pertama kali, ada famili sumbangkan telur sebagai door gift. Alahai, susahnya sebab nak kena rebus dan masukkan dalam bekas. Banyak telur pecah semasa proses rebusan dan masa gotong-royong masukkan dalam bekas. Dah tu masa nak edarkan pada tetamu pun kena hati-hati takut pecah jugak. So kalau kita pilih door gift kacang potong PeDAS keluaran Noor Cookies ini, pastinya semua orang akan gembira!

Tips kedua adalah pilih door gift yang bersesuaian dengan bajet kita. Memang best dapat beri yang mahal, tapi kenalah ingat yang majlis perkahwinan tu hanya sehari sahaja, alam perkahwinan tu sepanjang hayat. Jadi jagalah tahap kesihatan kewangan kita sama ya.

Tips ketiga adalah pilih door gift yang digemari para tetamu. Door gift kacang potong sentiasa menjadi kegemaran ramai orang terutamanya jika kacang potong itu tidak terlalu manis, rangup tetapi tidak keras sampai nak tercabut gigi (palsu) Pakcik Makcik Atok Nenek jemputan kita hehe gurau je.

Apakah cara untuk mendapatkan Kacang Potong Noors Cookies?

Facebook – Noor Cookies

Instagram – Noor Cookies

Whatsapp – 010-390 5190

Semoga bermanfaat!