Review Usahawan PeDAS

Doorgift Biskut Kelapa Perak Shahrinie PeDAS

Bagi pengantin yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan selepas musim COVID-19 ni, atau ibu ayah yang inginkan majlis akikah atau ada majlis keraian yang berunsurkan tradisional, boleh dapatkan Doorgift Biskut Kelapa Perak PeDAS yang dikeluarkan oleh Shahrinie Food Industries.

Biskut kelapa ni sememangnya telah terkenal sejak dahulu lagi, lebih-lebih lagi di kalangan ibu bapa yang lahir pada tahun 60-an sehinggalah ke tahun 80-an. Mengikut kata Mak saya, zaman masa Mak saya kecil, bila bulan puasa sahaja Tok Mak akan buat biskut kelapa ni. Sebab walaupun bahan-bahan yang digunakan tu sedikit sahaja dan mudah didapati, proses pembuatan itu lah yang sedikit leceh.

Baca resepi roti kering homemade di sini.

Kelapa kena sangai dulu sebelum dicampur dengan bahan-bahan lain. Lepastu kena bakar dalam oven lama yang kena jaga api supaya tak hangus. Bulan puasa memang mencabar sebab panas dan tak boleh minum air. Hahahaha tapi Mak kata, bila terbau kelapa parut yang wangi tu kena bakar dengan gula, hilanglah kejap rasa penat tu dan tak sabar nak tunggu waktu berbuka puasa untuk makan biskut kelapa ni. Tapi biasalah, Tok Mak cuma bagi biskut yang terhangus atau yang tak jadi je, sebab yang lain akan simpan untuk Raya.

Baca tentang biskut kelapa asli Shahrinie di sini.

Tapi sekarang ni, lebih mudah untuk dapatkan biskut kelapa Shahrinie ni sebab ianya dikeluarkan secara besar-besaran dan mudah didapati. Lebih-lebih lagi apabila mereka memberikan janji bahawa kelapa parut yang digunakan adalah 100% kelapa parut asli dan bukannya hanya hampas kelapa. Inilah yang membezakan Shahrinie Food Industries yang menjadikan biskut kelapa mereka lebih istimewa dan lebih digemari.

Doorgift Biskut Kelapa Perak PeDAS

Bayangkan betapa gembiranya tetamu jemputan kita apabila menerima doorgift yang mereka suka. Biasanya jemputan tetamu majlis perkahwinan ni lebih ramai kawan-kawan ibu bapa pengantin kan? Tentunya doorgift biskut kelapa ni akan mengimbau kenangan mereka semasa mereka membesar. Sure akan menjadi bualan dan akan adanya story telling dengan anak-anak tentang biskut kelapa ni.

Cara untuk mendapatkan Doorgift Biskut Kelapa Perak PeDAS

Facebook – Shahrinie Food Industries

Instagram – Shahrinie Food Industries

Whatsapp – Shahrinie Food Industries

Alamat Kedai –

Lot 342, Kg. Enggor, Jln. Kuala Kangsar, 33600 Kuala Kangsar