Endocervical Polyp dan Prosedur Membuangnya
Bermula selepas Hari Raya Haji, saya dapati ada spotting berlaku di antara period saya. Mula-mula saya biarkan je, ingatkan takde pape. Tapi bila 4 bulan ianya masih berlaku, saya terus bertanya kepada doktor semasa rutin follow-up pada DIsember 2021. Doktor telah melakukan pap smear dan daapti ada yang tak kena dengan saya lalu telah refer kes saya kepada Gynae. Semasa temujanji dengan gynae in January 2022, gynae dapati rahim saya ada endocervical polyp. Saya akan terangkan apa itu endocervical polyp dan prosedur membuangnya.
Pertama sekali, apa itu Endocervical Polyp?
Menurut WebMd, endocervical polyp adalah ketumbuhan pada saluran serviks, iaitu saluran yang menghubungkan rahim ke faraj. Warna polip itu biasanya kemerahan-merahan ataupun kelabu dan mungkin boleh juga macam purplish. Bentuknya pula tak sekata, kadang-kadang macam bentuk jari, ada yang macam mentol dan ada yang macam batang halus.
Kebiasaannya, ia adalah bersifat bukan kanser atau non-cancerous.
Kedua, apakah Simptom-simptomnya :
- Period yang lebih banyak dari biasa
- Ada spotting atau pendarahan berlaku di antara period
- Pendarahan yang berlaku selepas menopous
- Ada discaj dari vagina yang berbau busuk
Ketiga, Cara Polyp didiagnos :
- Pap Smear
- Pelvic examination
Keempat, Cara Membuang Endocervical Polyp :
- Doktor sakit puan dapat membuangnya di klinik sahaja tanpa perlu pembedahan
- Atau, perlu ke bilik pembedahan dan dibius.
Kelima, Bolehkah saya menghindari Endocervical Polyp?
Jawapannya TIDAK BOLEH tetapi dengan rutin pemeriksaan seperti Pap Smear, ianya boleh dikesan dan dirawat dengan lebih awal.
Dalam post seterusnya, saya akan bercerita pengalaman saya dibedah semasa waktu pandemik COVID-19.
Scary tetapi sangat menghargai apa yang pasukan penyelamat kita hadapi selama 2 tahun ini.
Jumpa doktor jika perlu ya. Jangan takut-takut jumpa sebab kalau dapat kesan awal, lebih mudah untuk dirawat. Memang takut tapi lagi takut kalau dah teruk baru dapat tau kan? Take care everybody.
Nak tahu Cara-cara berjumpa doktor di RUKA PPUM, boleh rujuk artikel ini.
Bye,
Saudah Salleh
Blogger