Uncategorized

Fishcake Sedap Johor Keluaran Usahawan PeDAS

Fishcake Sedap Johor Keluaran Usahawan PeDAS 

Adakalanya fishcake yang saya beli, tak kisahlah dari jenama terkenal sehinggalah ke jenama pasar malam, rasanya tak berapa sedap macam dulu. Sekarang ni rasanya lebih banyak rasa tepung berbanding rasa ikan. Yelah, dah nama FISH kan, mestilah ada rasa ikan. Hahaha tapi bila terbeli fishcake sedap Johor keluaran Usahawan Program E-Dagang Setempat (PeDAS), saya jamin Fishcake ni memang sedap dan yang penting 100% Halal.


Fishcake Sedap Johor Keluaran Usahawan PeDAS





Fishcake dan fishball tergolong di dalam produk surimi. Apakah itu Surimi? Surimi berasal dari perkataan Jepun dan ia bermaksud pekatan protein basah isi ikan tanpa tulang yang mengalami proses pembersihan dan kemudiannya diadun dengan bahan-bahan tambahan lain dan diproses untuk dijadikan bahan produk sejuk beku.


Untuk menjadikan Fishcake sedap dan berkualiti, Puan Noraini Nordin, Founder kepada Aini Pinky Food berkata, produk berasaskan ikan ini akan dicampur dengan bahan ramuan untuk menghasilkan Fishcake dan Fishball. 
Antara bahan ramuan yang digunakan untuk menghasilkan produk surimi adalah :
  • isi ikan
  • kanji
  • garam
  • minyak sayur
  • protein soya
  • protein whey
  • bahan perisa 

Apa yang menarik tentang Fishcake keluaran Usahawan PeDAS ini adalah ianya bermula dari perniagaan kecil-kecilan di rumah, namun disebabkan produknya semakin mendapat sambutan, kini mereka telah memperbesarkan bisnes mereka dengan berpindah ke premis perniagaan yang lebih besar dan lebih selesa bagi menampung permintaan pelanggan.


Kenapa perlu memilih Fishcake Sedap Johor keluaran Usahawan PeDAS?

Pertama, Fishcake Aini Pinky Food merupakan 100% produk keluaran Muslim Bumiputera. Ini yang kita cari-cari kerana disamping mendapat fishcake yang HALAL, kita juga dapat sama-sama menjana ekonomi umat Islam dan seterusnya ekonomi negara Malaysia.

Kedua, Ini Pinky Food menjamin bahawa produk fishcake keluaran mereka mempunyai rasa isi ikan sepenuhnya dan fishcake mereka kenyal tetapi lembut. Kenyal supaya tidak mudah hancur semasa dimasak tetapi masih tetap lembut supaya mudah dimakan dan sedap serta berkualiti tinggi.

Ketiga dan saya rasa ini paling best, ianya Halalan Toyyiban, iaitu boleh dimakan tanpa was-was! 

Keempat, Fishcake ini sangat sesuai untuk wanita yang sibuk dalam urusan keluarga dan kerjaya tetapi masih inginkan masakan rumah untuk keluarga mereka.

Kalau katalah petang hujan, dan kita tersangkut dalam jem, sampai rumah lepas maghrib, semua dah kelaparan, saya kongsikan Resepi Oden yang menggunakan Fishcake keluaran Aini Pinky Food ini.

Mana nak
dapatkan Fishcake Sedap Johor keluaran usahawan PeDAS ni?
Ada 4 cara
:
Pertama, Kedai
:
NO 19 Jalan
Satria 3
Taman Serom
Utama
84410
SUNGAI MATI
Tangkak
Johor Darul Takzim
Kedua, di
FB – Aini Pinky Food
Ketiga, di
IG – @Ainiepinky
Keempat, di
website mereka – AiniPinkyFood
Bonus –
Agen-agen mereka sekitar Johor.











Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *