Uncategorized

Foodsbury Western Food di Seksyen 9 Shah Alam


Foodsbury Western Food di Seksyen 9 Shah Alam


Di Shah Alam ni, ada terlalu banyak restoran dan cafe hipster yang dibuka. Salah satunya adalah Foodsbury di Seksyen 9 Shah Alam yang menghidangkan Western Food. Ni bebetul belakang Celcom dan Al-Rajhi Bank tu. Seksyen 9 ni ada 3 area, satu di belakang Concorde Hotel Shah Alam. Satu lagi kat area CELCOM yang ada Surau Al-Ittihadiyyah dan satu lagi area RHB Bank sana.

Masani kami baru lepas Spa Treatment di Alammi Spa, Concorde Shah Alam. Pagi tu tak breakfast, terus pi appointment jam 11.00am. Habis dalam jam 1.00pm lepas tu siap solat kat surau hotel. Senang nak berjalan kalau dah solat. Memula nak ajak ke AEON Shah Alam, tapi tetiba rasa malas pulak.

Google la cafe-cafe sekitar Seksyen 9 ni, keluarlah tentang Foodsbury. Adalah baca review, tapi kami ni jenis, pergi dulu dan rasa, baru tau betul atau tak.

Sampai je sana, nak masuk ada orang tegur. Eh sapa pulak ni?

Rupa-rupanya kawan sekolah menengah dah ada kat Foodsbury ni dengan family dia. Sempat laaa berbual dengan beliau. Datang dari Melaka, melawat family di Selayang dan mertua di Shah Alam. 

Disebabkan saya kelaparan, maka saya order Roast Chicken with Olio. Husband pulak order Spicy Cajun Tom Yum Pasta.


Foodsbury Seksyen 9 Shah Alam


Nampak macam sikit je kan? Tak jugak. Sebab kami order Salted Caramel dengan based Coffee. Dek kerana kat IG Foodsbury ni selalu sangat keluar air ni. Maka kita bergambar lebih sikit dengan Special Drink Foodsbury ni.


Foodsbury Seksyen 9 Shah Alam



Foodsbury Seksyen 9 Shah Alam





Quote kat gelas ni memang tepatla.


It’s the little things in life



Benda-benda kecil macam nilah yang membahagiakan (lelemak) kita hehehe.


Dan inilah kawan yang last jumpa tahun 2012! Lama giler tak jumpa. Berbual sampai anak-anak Sha cakap, Mommy let’s go home. Hahahaha. Sama je masa sekolah dulu, kalau berbual memang tak hengat dunia.




Foodsbury Seksyen 9 Shah Alam





Lepas tu, kami berdua dok berbincang tentang Rahim Auto. Seronok dengan ambience mereka. Jadi kami order desserts pulak. Ini namanya Milo Pancake. Heavennnnn okay. Sangat sesuai dengan Chocolate Lover. Sebab ada Milo. Ada Chocolate Sauce. Ada Kit Kat. Ada Ice Cream. Fuuuhhh memang menyanyi-nyanyi lemak peyut.


Cumanya Milo Pancake ni kena makan cepat-cepat. Satu sebabnya Ice Cream akan cair. Lepas tu Milo pun cepat keras sebab kena angin.




Foodsbury Seksyen 9 Shah Alam



Foodsbury Seksyen 9 Shah Alam





Haaa tengok ni, dah settle Milo Pancake tu, tapi kami order satu lagi menu. Ice Mocha pulak. Haahahahaha untuk orang yang jarang makan dessert, Mocha ni nak hilangkan muak manis tu.


Foodsbury Seksyen 9 Shah Alam





Dah lagi lama kat situ. Rasanya dalam sejam setengah jugak kat sana. Bil semua dekat RM100. Berbaloi dan puas hati makanan sedap.


Cumanya, salah satu sebab lama kat sana adalah servisnya lambat. Order drinks, dalam 20 minit baru sampai. Tunggu lagi 10 minit (in total 30 minit) untuk makanan. Untuk yang kelaparan, memang tak sesuai.


Betullah review orang, tapi for us, sebab tak rushing, so acceptable la. Tapi pelik gak la, makanan tu bukan piping hot masa sampai, kiranya macam dah suam-suam baru sampai kat customer.


Hopefully mereka boleh resolve kan isu ini untuk kesejahteraan customers dan mereka.


Untuk yang nak mencuba, ini detailsnya.


24 Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A  Seksyen 9, Shah Alam 

60355235213

12.00noon – 10.30pm

Semoga Bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *