Uncategorized

Happy Birthday Husband! 6 Jan 2019

 Happy Birthday Husband! 6 Jan 2019

Birthday sebenar adalah 6 Jan tapi masa hari Jumaat (4 Jan) tu saje je sambut dengan kawan-kawan BNI Solusi dia. Yang kelakarnya, bila orang nyanyikan Birthday Song tu, boleh dia lari! Geram je rasa. Husband kata dia malu. Memamg dalam family Muar, tak berapa celebrate sangat compared to family PJ. Tengok muka dia kat bawah ni, memalu je. Hahaha.

Happy Birthday Husband! 6 Jan 2019

Kebetulan jugak, husband dapat Cabutan Bertuah hari Jumaat tu jugak! Memang ONG betul. Hadiah ni diberikan oleh presenter hari tu iaitu Puan Iera Yusuf. Dapatlah 2 buku yang best iaitu Rich Woman by Kim Kiyosaki dan The 3rd Alternative by Stephen R. Covey.

Happy Birthday Husband! 6 Jan 2019

Ini masa Reference Checking, untuk sahkan boleh menang hadiah cabutan bertuah ni.

Happy Birthday Husband! 6 Jan 2019

Ni cermin ajaib kat Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun. Bila ambik gambar kat sini je confirm kuwus. Hahahaha. Setiap kali ada meeting kat sini, mesti kena ambik gambar. Dann kena ambik before 7.00am sebab bila dah habis meeting, dorang akan bukak blinds tu dan ada cahaya matahari nanti. So gambar tak lawa nanti.

Kalau lepas meeting, ambik kat luar. Haaaa sana cantik sebab cahaya matahari tu buatkan natural lighting sangat umphh.

Happy Birthday Husband! 6 Jan 2019

Semua dah tak sabar nak makan cup cake tu tapi sabar je la kena bergambar dulu.

Happy Birthday Husband! 6 Jan 2019

Happy Birthday Husband! 6 Jan 2019

Ini gambar kelakar. Odah ada share di IG Saudahsalleh dan FB Sa’udah Salleh. Sempat kawan Odah ambik moment ni. Priceless.

Pada hari lahir sebenar, birthday boy cuma mintak nak pergi makan mana-mana dan gunting rambut. Hahahaaha tu je request dia. Dah 13 tahun kahwin, faham sangat simple life husband ni.

So, ajaklah makan kat Pakli Seksyen 13 Shah Alam sebab barber dia kat situ jugak. Husband order simple je iaitu Nasi Goreng Special dengan Teh Tarik. Hahaha very simple kan? Dah makan, husband pergi gunting rambut yang sememangnya akan ambil 1 jam.

Happy Birthday Husband! 6 Jan 2019

Sementara tunggu husband gunting rambut, Odah ada discussion dengan business coach kami. Planning untuk 2019 ni bagi betulkan sebab selalunya kita rasa dah okay, tapi sebenarnya boleh ditambahbaik lagi.

Lepas 1 jam, husband datang balik. Ingatkan dah settle potong rambut, rupanya BELUM! Sebab ada 3 orang lagi kena tunggu. Last-last jam 6.30 petang baru dapat potong rambut.

Happy Birthday Husband! 6 Jan 2019

Ini alamat barber shop yang selalu husband pergi. Dari cuma 4 kerusi sekarang dah ada 6 kerusi dan semakin maju bisnes mereka. Cuma tak tahannya adalah MENUNGGU sebab purata seorang adalah 30 minit. Tapi dengan Wan ni, memang confirm dekat sejam. Now, dah ada booking online senang sikit laa.

SLICK10, Jalan Balapan 13/32Seksyen 13,40100 Shah Alam 03-5523 8909

Masa Odah menunggu ni, sambung buat kerja sesambil charge laptop. Hahaha. Nasib baik dah takde customer sebab dorang tutup hari Ahad jam 7.00pm, so husband adalah last customer untuk Wan.

Birthday boy dengan rambut baru.

Happy Birthday Husband! 6 Jan 2019

Tu je birthday celebration untuk husband. Very simple one tahun ni. Husband kata dah tua ni tak payah nak celebrate tapi sebab dah terbiasa, everytime birthday je, mesti ada celebration makan-makan. So kita teruskan budaya yang baik ni sehingga akhir hayat insyaallah ya sayang.

The best way 
to celebrate the birthdays
is 
with some delicious food.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *