Uncategorized

HAPPY NEW YEAR 2019

HAPPY NEW YEAR 2019


Tahun baru, azam baru hehehe. Tapi tahun ada baik sikit laa sebab kami berdua bertahan mata sampai la jam 12.00 tengahmalam. 2-3 tahun sebelum ni, pukul 11 malam je dah tidur. Malas nak tunggu bunga api.

And surprisingly, kali ni ada banyakkkk pertunjukan bunga api! Ada 3 yang besar yang kami boleh nampak dari bilik tidur. Hahaha rumah bertingkat-tingkat memang cengginilah, ruang tamu mengadap blok lain.

Cantik-cantik bunga api kalini. Yang bestnya, bunga api ni keluar tak serentak. Mula-mula belah kanan, half way sebelah kiri pulak. Habis kanan, baru yang depan start. So sempatlah tengok semuanya.

Tahun baru ni biasanya akan ada azam baru kan?

Dah tetua ni, malas nak banyak-banyak azam baru. Sebabnya azam tu semua adalah azam lama yang masih belum tercapai hahaha. Contohnya, azam nak kurangkan berat badan. Dah bertahun-tahun sekadar menjadi azam. Cuma tahun lepas dah start dengan Program #Booster by Coach Hadi. Adalah nampak sikit kurang tapi belum capai target. Macam manalah nak capai target, asyik makan makan makan je.

Okay tahun ni hanya ada 2 je azam. Ya, dua je dengan harapan boleh capai.


AZAM #1

Azam #1 adalah untuk KURANGKAN BERTANGGUH-TANGGUH (PROCRASTINATION).

Odah ni bak kata husband, champion bertangguh ni. Bahahaha. Kalau dia kejut, sure akan cakap “Lima minit sayang”. Lagi lah kalau kena buat perkara yang Odah kurang suka, sure dok delay delay dia.

Jadi semangat tahun baru ni, nak kurangkan bertangguh-tangguh. Dan ini bukan setakat azam je, ni Odah nak jadikan lifestyle. Terus buat tanpa tangguh.

It’s easy nak start, tapi yang paling mencabar adalah nak maintain. So Odah start dengan niat memang nak ubah lifestyle. Maknanya nak ubah dan kekalkan sampailah akhir hayat.

Especially part nak ubah ni ada kena-mengena dengan solat. Kalau Zohor tu, memang dah boleh nak jamak dah dengan Asar. I tried to solat awal, tapi kadang bila kerja, suka tangguh-tangguh. Yelah surau dia takde sekali dengan tempat wudhu’, jadi kena ambil wudhu’ kat tandas. Tu yang jadi malas. Erkkkk bila tulis macam ni, Ya Allah, berdosanya rasa. Adoiii. Insyaallah lepasni solat awal waktu. Saje je alasan tak munasabah.


AZAM #2

Azam #2 adalah untuk KURANGKAN BERAT BADAN.

Yang ni sebab tahun lepas, kami start workout lepas perasan dedua ni mengah bila berjalan. Badan memang la naik, tapi bebuat tak sedor diri. Hahaha. Tapi bila berjalan especially naik tangga, memang pancit. 

Naknak pulak dah pindah bilik atas kat rumah Mak. Lagilah terasa. Bila naik untuk tidur kan, mengah. Jadi kena duduk dulu untuk relakskan pernafasan. Masatu rasa macam berjogging dah masatu. Jantung laju dan berpeluh-peluh. Walhal naik 1 tingkat je.

Start daritu, kami join workout group for 6 weeks. Pancit memang pancit. Kalau TABATA 4 minit tu, first set je dah macam nak pengsan. Kesian giler rasa. Last year je kami join #CEOBooster, #BoosterRaya, #BoosterAlpha, #BoosterBeyond dan #BoosterAlpha2.0. Haaa amik 5 season join workout ni.

Tapiiiiiii, impian nak kuwus tu memang tinggal impian. Sebabnya, tak ikut cara makan yang betul. Workout workout gak, tapi makan dok bantai. Gula je la dapat kurang sikit tapi tak sangat.

So, berat kurang 3-4kg je tapi bila break time, naik balik serupa macam takde beza. 

Tapi dari segi berat memang tak nampak beza banyak. Saya beza kat fitness level. Dah boleh buat circuit training walaupun kadang terpancit juga. Yang penting, masa workout, jangan la muntah, kalau muntah 1 kali, okay, cuma jangan muntah berkali-kali. Ini memang buat Odah tersadai terus kat tepi dinding dewan.

And setiap kali workout, memang akan muntah. Sebab angin. Lepas muntah, akan lega. Dan boleh sambung workout lagi. Cuma masa muntah akan miss la 1 set.

Ada 2 kali je tersadai tepi dinding masa last workout tu, so far my progress adalah kepada fitness level. Inch loss memang nampak (sikit). Berat je agak-agak sama. Coach Hadi cakap sebab fat tu dah ganti dengan muscle, so maybe sebab tu berat adalah sama. But I am happy, cuma kalau berat turun tu lagilah best.

So this year memang bebetul nak eatclean. Pernah buat dan memang terbukti. No sugar dan makan ikut meal plan. Tak sempat lapar dan makan balik. Insyaallah.

Cumanya dah 8 harini, ada jugak yang terbabas, but atleast adalah bawak bekal dari rumah. Taklah memanjang makan kedai je.

Doakan kejayaan Odah untuk 2019. Apa agaknya Azam Tahun Baru Uols ya?


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *