Others

Hello dan menulis tentang DIET

Lama betul tak menulis di sini. Rasa macam dah habis kuota perkataan bila bukak blog. Memang banyak update kat Social Media je hehe lebih mudah dan cepat kan update kat sana. Then rasa macam rugi pulak tak menulis kat blog ni. Dan baru discover ada apps WordPress rupanya hahaha, semoga lebih mudah berkongsi disini. Satu perkara pun rasa macam tak tahu nak update apa dah. Tapi harini dah tahu apa nak share kat blog ni. Iaitu perjalanan saya untuk mengubah cara saya melihat makanan dan lifestyle berkaitan makanan. So hello dan menulis tentang diet.

Keto Living – Day By Day

Ada satu sample book yang saya tengah baca untuk Keto Diet. Takdelah nak ikut keto diet ni, cuma rasa macam nak ubah cara makan saya je. Saya nampak yang kalau saya makan banyak karbohidrat macam nasi, pasta, mee, roti, berat saya cepat betul naik. Dan susah nak turun. Hahaha apa lagilah masalah orang perempuan ni kan?

So saya nak try to eat more protein, bersesuaian dengan darah O yang memerlukan high protein diet. Tu sebab saya baca buku Keto Living – Day By Day oleh Kristie H Sullivan.

Ia dalam bentuk e-book berbayar tapi saya start dengan free sample dulu. Tapi walaupun hanya dapat baca sebahagian sahaja dari buku tu, tapi infonya agak padat dan membuka mata sahaja. As if macam buku tu ditulis khas untuk saya.

Apa yang menarik adalah dia touch on LAPAR (Hunger). Saya selalunya tak suka diet sebab rasa macam lapar giler dan tertunggu-tunggu bila la diet ni nak habis. So I didn’t enjoy the process. Rupa-rupanya saya tak keseorangan. Dalam buku ni ada ceritakan bagaimana dia menyesuaikan Keto Diet dengan makanan-makanan kegemaran dan juga cara dia makan.

Contohnya, for lunch, satu menu yang dia rasa best adalah Cheese Burger. Sebab dia suka cheese burger, then again sapa tak suka kan? Cuma dia ubahsuai sikit supaya sesuai dengan Keto. Dia order tanpa roti. Ketchup (soso tomato) pun dia tak nak sebab dia kata high in sugar, therefore carbs tinggi. Sayur semua dia makan. Tapi tanpa roti pun dia rasa kenyang. Dia pun terperanjat sebab dia kenyang tanpa makan roti. Dia rasa menu ni lebih sedap tanpa roti. Rupa-rupanya roti tu tasteless, takde apa rasa pun sebenarnya. Lagi best makan daging tu, walaupun kalau ikut normal diet, ia tak sihat.

Tapi Keto Diet ni selesaikan masalah KELAPARAN dia. Yang selalu membuatkan dia gagal dalam diet. Dan dia kata dia tak rasa yang dia sedang diet, dia cuma ubah sikit je makanan dia dan yang best, dia loose weight!

Macam rasa nak try pulak Keto Diet ni pulak bila baca buku ni. Hahahaah azam 2000 masih belum tercapai di tahun 2020. Uish takuttttttt……

Hahaha take care semua!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *