Uncategorized

HGTV Property Brothers BEST!

Sejak dari Oktober tahun lepas kami duduk rumah mak ayah kat PJ. Iyalah start dari mak called cakap ayah sesak nafas dan mintak hantar hospital. And then setiap hari Isnin hingga Jumaat saya jaga ayah waktu siang. Balik malam untuk makan, mandi dan tidur je.


So, kat rumah ayah ada ASTRO. Kami takde, cuma ada UNIFI je. Seronoklah menonton Movie channel la, Discovery semua tu. And masa tu, tengah ada free semua channel boleh tengok and kami hooked dekat HGTV punya channel. Nombor 731 sampai 736.

HGTV ni Home & Garden TV, and memang almost semua adalah tentang renovation rumah. Macam-macamlah dari rumah yang buruk dan nak roboh, dorang ubahsuai sampai lah jadi rumah yang selamat dan sangat cantik dan berbaloi untuk beli. Kadang-kadang, beli rumah harga USD5,000 je! Tapi Renovation Cost jadik sampai USD150,000. Rumah dah nak roboh mak cakap.

Ada beberapa couple yang jadi favourite saya di HGTV.

1. Jonathan & Drew Scott – Property Brothers

2. Karen E. Laine & Mina Starsiak – Good Bones

3. Chip & Joanna Gaines – Fixer Upper

4. Tarek & Christina El Moussa – Flip or Flop

5. Hillary Farr & David Visentin – Love It Or List It

Seronok tengok rumah direnovate. Pastu berangan nak buat macam tu. Takpelah, berangan itu free. Ni antara yang saya suka.


Ni gambar before. Boring je. Counter space pun sikit. Macam kat rumah saya, counter space sikit je. So kena pandai guna ruang, maknanya apa pun takleh letak kat counter space. Saya ada 1 rak untuk kitchen gadget saya macam Air Fryer, Oven, Blender, Sandwich Maker dan Toaster. Kalau boleh, nak letak kat counter sebab tak payah angkat setiap kali nak guna dan nak simpan. Biar je situ. Nak guna terus pakai, tak bazir masa nak angkat. Hehehe alasan.


Ni gambar After. Cantik kan? Knock down 1 wall, terus nampak rumah macam besar. Best la ada kitchen island ni. Ada storage area. Ada sinki. Ada dishwasher, lepas makan terus masuk dishwasher, siap basuh dah. Hahaha senang kerja.

HGTV ni, yang bestnya, dia tak dibundle dalam mana-mana pakej ASTRO. Kena add-on. Rasa saya dalam RM10 kot. But berbaloi sebab asyik tengok rumah cantik, sampai semangat nak cantikkan rumah.

Now, kena simpan banyak duit nak update kitchen, dining hall, living hall, guest beedroom, main bathroom, master bedroom dan master bathroom. Insyaallah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *