Kan sepatutnya saya nak bukak jahitan Jumaat lepas?


Takut…tapi tak tahan sakit. Jari manis bergesel dengan jari kelinking, jadi macam ada bengkak di situ.


Pergi klinik yang biasa saya pergi. Daftar diri.


Soalan “Sakit apa kak”?


Macam rasa nak jawab aje “Sakit bengkak-akibat-jahitan-meraba-jari”, tap akhirnya cuma jawab “Nak bukak jahitan”.


Masuk bilik rawatan, adik nurse suruh baring dulu, sebab doktor nak check kaki kan…
Baring..owh tak best sebab bantal adalah lembik..Apa kes pi klinik nak bantal macam kat Hard Rock Hotel? Entah tak faham..


Sekali,






Doktor cakap tak boleh bukak jahitan lagi. Bengkak tu bukan pasal pergeseran antara jari dengan jahitan, tapi sebab kena INFECTION..


Kekdahnya, tempat luka tu kena pakaikan baju bila keluar rumah. Adoi..masa tukar baju dia, tak pulak doktor cakap gitu..Ke aku yang tak faham-faham?


Makanya, kena cuci and dressing baru sebab dah start infection. Dah macam start nanah tapi belum teruk lagi, just air kuning aje.


Giler sakit masa dia cuci tu. Dengan stitches tu lagi, plus pus tu. Sampai terangkat-angkat and tarik-tarik kaki sebab sakit giler.


Tapi adik manis nurse tu cakap “Tahan eh kak, kena cuci ni. Kalau tak, lagi teruk. Akak kena buat dressing kalau nak kuar rumah. Kaki kan kat bawah, tak nampak apa kita pijak. Campur habuk, debu, kotoran lagi. Tu yang kena infection tu”.


Tengah tahan la ni. Kalau tak tahan, sure penendang akak kasi hadiah. Sowie adik manis..


Sudahnya, sampai hari ni jahitan tak bukak lagi. Bengkak dah hilang, cuma ada lebam sikit campur macam gatal kulit merah-merah sebab kena ubat kuning…kot.


Bye,