Kacang Potong Noors Cookies
Review Usahawan PeDAS

Kacang Potong Noors Cookies Usahawan PeDAS

Masa saya mula-mula dapat sepeket kacang potong ni, saya telah mula tertarik sebab packaging nya sangat menarik dan cantik, setanding jenama antarabangsa. Dan bila baca namanya adalah kacang potong, saya tak boleh bayangkan kacang potong ni macam mana hehehe. Rupa-rupanya kacang potong ni saya panggil bepang kacang. Tapi ada beza tau produk kacang potong Noor Cookies Usahawan PeDAS yang sayakenal dengan bepang yang saya pernah makan.

Kacang potong atau Bepang ialah sejenis makanan manis yang diperbuat daripada kacang yang disalut dengan gula cair atau karamel dan ditambah dengan bijan. Kacang potong sedap dimakan begitu sahaja dan boleh dijadikan sebagai snek ringan. Ia dikategorikan sebagai snek tradisional dan sering menjadi pilihan atau popular popular ketika musim perayaan kerana bahan-bahannya mudah diperoleh iaitu kacang tanah, gula pasir dan bijan.

Baca tentang Snek Rangup Kacang Gula di sini.

Apa yang dimaksudkan dengan snek? Snek adalah makanan yang diambil di antara waktu makan utama. Tujuan utama makan snek adalah untuk memberi tenaga kepada badan dan juga menjadi alas perut supaya kita tidak terlalu lapar semasa waktu lunch atau dinner nanti.

Biasanya snek ada 2 jenis iaitu snek manisan dan berperisa. Kacang Potong atau bepang adalah contoh-contoh snek di bawah jenis ini. Satu jenis lain adalah snek bar, yang ni contohnya macam breakfast bar atau sports bar. Walaupun manisan ni sering dianggap sebagai su kesihatan, namun permintaan terhadap makanan snek dilihat semakin meningkat.

Dianggarkan bahawa pada tahun 2025 ini, industri snek berasaskan kacang akan mengusai pasaran dengan jumlah transaksi sebanyak USD 53,416 juta atau RM 229,987 juta! Ini adalah berdasarkan kadar tukaran asing USD1 = RM4.31. Wow!

Mahukan Door Gift Kacang Potong untuk majlis keraian dan perkahwinan? Klik sini.

Noor Cookies ni telah memulakan perniagaan semenjak 12 tahun yang lalu. Berbekalkan pengalaman yang banyak dan jangkaan permintaan pasaran pada masa hadapan, mereka memfokuskan Kacang Potong Noor Cookies ini sebagai produk utama semenjak mereka mendapat bimbingan dari MDEC di bawah Program Perkhidmatan E-Dagang Setempat atau ringkasnya PeDAS.

Kacang Potong Noor Cookies ini disediakan dengan proses menggoreng kacang tanah tanpa minyak atau nama lainnya sangai. Kemudian kacang sangai tadi dibuang kulit dan diasingkan. Gula pasir pula dimasak sehingga cair sepenuhnya dan menjadi karamel (gula hangus). Proses seterusnya adalah mencampurkan kacang dan bijan dengan karamel serta digaul sehingga sekata. Adunan yang telah sekata dan masih panas dipindahkan ke atas papan rata atau bekas untuk proses perataan. Dalam proses ini, adunan bepang kacang akan ditekan dan digelek rata perlahan-lahan menggunakan senduk atau penggelek sehingga nipis dan sekata. Akhir sekali, bepang kacang dipotong dengan pisau mengikut saiz yang dikehendaki sebelum sejuk sepenuhnya dan dibungkus.

Apakah cara untuk mendapatkan Kacang Potong Noors Cookies?

Facebook – Noor Cookies

Instagram – Noor Cookies

Whatsapp – 010-390 5190

Semoga bermanfaat!