Review Usahawan PeDAS

Kain Pasang Batik Zieyra Design Usahawan PeDAS

Batik adalah suatu seni tekstil yang terkenal di Asia Tenggara. Di Malaysia, batik banyak berpusat di pantai timur Malaysia iaitu Kelantan dan Terengganu. Asal usul batik tidaklah diketahui dengan tepat namun katanya batik berasal dari Jawa. Sebab itulah batik Malaysia seakan sama dengan batik Indonesia. Batik Malaysia yang baru sangat berbeza dengan batik Jawa yang dilukis tangan. Batik Malaysia juga banyak menggunakan motif flora dan mengabaikan corak-corak haiwan selaras dengan larangan agama Islam yang melarang penggunaan imej haiwan sebagai haiwan. Bagi menyokong pengiktirafan kerajaan Malaysia batik Malaysia sebagai pakaian kebangsaan negara, saya kerap membeli kain pasang batik Zieyra Design usahawan PeDAS yang beroperasi dari Pasir Mas, Kelantan.

Kain Pasang Batik Zieyra Design Usahawan PeDAS

Saya ada terbaca satu artikel, katanya perkataan BATIK berasal dari “rintik-rintik” atau corak putih yang berada pada corak kain. Agaknya masa jemur kain yang dicelop dengan warna, hujan turun dan tak sempat angkat kain, tu yang jadi rintik-rintik tu. Hahaha gurau je, alaaa takkan gurau pun tak boleh.

Ada 3 jenis batik dan salah satu daripadanya adalah Batik Lukis yang menggunakan alatan canting dan kemudian bahagian-bahagian yang bercorak itu dililinkan sebelum diwarnakan.

Zieyra Design adalah antara pengeluar batik lukis yang terkenal di Kelantan. Dan mereka memfokuskan kepada Kain Pasang Batik untuk edaran sekitar Kelantan dan luar Kelantan serta berharap dapat membekalkan Kain Pasang Batik keluaran Zieyra Design ke peringkat antarabangsa.

Klik sini untuk membaca tentang pengusaha batik lukis Kelantan.

Apa yang menarik dan saya rasa inilah kelebihan Kain Pasang Batik Zieyra Design adalah coraknya yang pelbagai dan sekiranya pelanggan mempunyai corak sendiri, Zieyra Design boleh menzahirkan corak tersebut ke atas kain. Maknanya kalau syarikat kita ada design tersendiri, boleh lah minta Zieyra Design lukis dan kemudian boleh dijadikan sebagai uniform rasmi syarikat. Best macam tu sebab uniform jadi unik.

Baca Tips Agar Corak Batik Tidak Luntur di sini.

Oh satu lagi kelebihan Zieyra Design adalah saiz kain pasang tu boleh disesuaikan mengikut saiz badan pelanggan. Maknanya kalau perlukan kain pasang batik lebih dari 4 meter, boleh request pada Zieyra Design.

Mana nak dapatkan Kain Pasang Batik Zieyra Design Usahawan PeDAS?

Facebook – Zieyra Design

Instagram – Zieyra Design

Website – Zieyra Collection

Alamat Kedai – PT 9961 Kg Kepas Apam Lati, 17000 Pasir Mas

Whatsapp – Zieyra Design