Review Usahawan PeDAS

Kambing Perap Ansal Ternak PeDAS

Kambing perap dan kemudiannya di bakar merupakan satu menu yang sentiasa popular dan menjadi pilihan samada masa makan dengan keluarga, semasa jamuan kenduri, semasa akikah dan juga pada masa berkelah di tepi pantai atau di tepi sungai. Sejuk-sejuk keluar air perut lapar, dapat pulak makan kambing panggang memang heaven giler. Kalau suka makan kambing BBQ tetapi tak suka kerja-kerja renyah preparation untuk kambing tu, boleh saja guna Kambing Perap Ansal Ternak PeDAS.

Kambing Perap Ansal Ternak

Diterajui oleh Puan Fazlina bint Anuar, Ansal Frozen & Trading telah berkembang maju dan mendapat bimbingan sepenuhnya dari Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia atau Malaysian Digital Economy Corporation atau lebih popular dengan MDEC.

Baca tentang pembekal kambing frozen melaka di sini.

Mengapa perlu memilih Kambing Perap Ansal Ternak PeDAS?

1. Tidak hamis

Saya antara orang yang tak suka makan daging kambing, especially kambing yang dimasak dengan kuah seperti Gulai, Kari, Sup, sebab saya tak tak suka bau hamis daging. Beum masuk mulut lagi tekak saya dah kembang kalau terbau hamis kambing. Tapi ramai yang suka bau hamis kambing ni, macam suami saya, sebab katanya barulah namanya makan kambing. Hahaha.

Saya boleh makan Kambing Bakar atau BBQ dengan syarat tak berbau. Dan ini kelebihan yang dipunyai oleh Kambing Perap Ansal Ternak. Mereka memberi jaminan bahawa kambing perap mereka tidak berbau, dan berbau silalah complaint kepada mereka dengan channel yang betul.

Sebenarnya kambing berbau hamis adalah kerana bau feromon yang menjadi punca. Bau hamis terjadi apabila Compound 4-Ethyloctanal yg terdapat pada kambing jantan teroksida lalu menghasilkan Acid 4-Ethyloctanal.

2. Menggunakan lamb

Apakah perbezaan di antara lamb dan mutton? Kalau kita guna Google Translate, kedua-duanya diterjemahkan sebagai kambing.

Lamb adalah kkambing-kambing yang berusia di bawah 1 tahun. Kiranya kambing muda yang mana terdapat sedikit sahaja lemak pada dagingnya. Lamb ni lebih sesuai digril, dipanggang dan dibakar kerana dagingnya lebih lembut dan lebih mudah menyerap perisa-perisa yang kita gunakan.

Manakala mutton pula adalah kambing yang berusia lebih setahun, biasanya disembelih pada umur 3 tahun. Daging-daging mutton ini berwarna merah terang dan mengandungi lemak yang banyak dengan rasa kambing yang sangat kuat,

3. Menggunakan 7 jenis rempah.

7 jenis rempah yang digunakan oleh Ansal Ternak semuanya berkualiti tinggi bagi menghasilkan sos perap yang sedap. Sos perap mereka dihasilkan mengikut SOP yang ketat agar sosnya sentiasa pekat dan likat. Kenapa penting sangat pekat dan likat? Kata Puan Fazlina, ini supaya sos perapan dapat meliputi dan menutupi lamb sepenuhnya supaya setiap permukaan lamb disaluti sos yang mempunyai aroma yang harum semerbak.

Saya tak dapat korek apa rempah yang Ansal Ternak gunakan, tapi antaranya adalah sos lada hitam. Manakala kulit bawang putih juga digunakan untuk melembutkan kambing.

Baca tentang cara perap kambing bakar di sini.

Mana nak dapatkan Kambing Perap Ansal Ternak?

Facebook – Ansal Ternak

Instagram – Ansal Ternak

Website – Ansal Ternak