Kebaikan minyak kelapa dara
Review Usahawan PeDAS

Kebaikan Minyak Kelapa Dara dari Usahawan PeDAS

Minyak kelapa dara telah digunakan seawal 4,000 tahun yang lepas di dalam bidang perubatan Ayurveda. Mengetahui akan hal ini, Baihaq Enterprose dengan jenama Baihaq VCO telah mengeluarkan minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (VCO) berkualiti tinggi. Ikuti perkongsian kebaikan minyak kelapa dara dari usahawan PeDAS iaitu Puan Nurul Hidayah Baharudin.

Daripada banyak-banyak sharing Puan Nurul Hidayah, saya nak fokuskan kebaikan VCO pada wanita. Women empowerment la ni.

Baca mengenai Minyak Kelapa Dara Baihaq keluaran Puan Nurul Hidayah di sini.

Apakah Kebaikan Minyak Kelapa Dara?

Jika mahu kelihatan langsing dan sihat, minum minyak kelapa dara kerana ia berfungsi mengurangkan rasa lapar. Jadi, kita akan kurang makan berbanding biasa.

Jika kerap letih, minyak kelapa dara dapat memberi tenaga dengan segera.

Jika mengalami kekeringan pada kulit, boleh minum VCO setiap hari. Ataupun ambil 2- 3 titik minyak dan sapukan ke kawasan kulit yang kering.

Jika mengalami keguguran rambut, sapukan minyak kelapa ke kulit kepala setiap kali selepas mencuci rambut.

Jika kuku dan tapak tangan kering kerana menggunakan hand sanitizer, gunakan minyak kelapa dara sebagai lotion tangan.

Jika ada luka, boleh disapu ke luka kerana minyak kelapa mempunyai agen anti-bakteria yang dapat membunuh kuman dan menghalang jangkitan.

Jika sakit tekak atau gusi bengkak, boleh berkumur dengan minyak kelapa kerana ia akan membunuh bakteria yang berbahaya dalam mulut. Secara tidak langsung, gigi akan bertambah sihat dan nafas juga tidak berbau busuk lagi.

Jika risaukan kolesterol yang semakin tinggi, boleh amalkan minyak ini kerana walaupun ianya sejenis minyak, ia tidak mengandungi kolesterol, malahan ia memberi kebaikan kepada jantung. Ia mengandungi 50% hingga 70% asid laurik yang membantu mencegah penyakit jantung. Lemak tepu yang terkandung di dalam minyak kelapa dara tidak berbahaya seperti dalam minyak sayuran lain dan ianya tidak menyebabkan peningkatan kadar LDL malahan dapat mengurangkan timbulnya kecederaan di arteri dan membantu mencegah aterosklerosis.

Baca mengenai pengeluar minyak VCO Perak di sini.

Apakah cara untuk mendapatkan Minyak Kelapa Dara Baihaq?

Pertama, dapatkan di Facebook jualan mereka – Baihaq VCO.

Kedua, di Instagram Baihaq VCO.

Ketiga, pesanan melalui Whatsapp Baihaq VCO

Semoga bermanfaat!