Review Usahawan PeDAS

Kebaikan Tilam Baby Nest Anis Kissmiss PeDAS

Baby nest telah mendapat populariti sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Baby nest ini memberikan suasana yang selesa dan sempit, sama seperti di dalam rahim ibu. Ini boleh membuatkan anak kita lebih tenang dan lena tidur nyenyak. Bila anak tidur lena, dan mommy daddy berdoa agar baby tidur sampai pagi hehehe, dapatlah kita semua tidur dengan nyenyak kan? Saya kongsikan kebaikan tilam baby nest program Anis Kissmiss PeDAS dari Puan Noor Hanisa, founder Anis Kissmiss Venture yang dibimbing oleh MDEC bagi program ini.

Apa itu baby nest?

Baby nest ni adalah sejenis tilam bayi juga. Cumanya yang membezakannya dengan tilam bayi adalah bahagian tepinya. Baby nest mempunyai bahagian tepian yang lebih tinggi berbanding tilam bayi. Ini akan membentuk satu lengkungan yang akan memeluk bayi tu, sama seperti macam kita peluk baby. Sebab tu baby boleh lena tidur macamkan dia tidur bila kita peluk dia.

Kebaikan Tilam Baby Nest Program PeDAS

Baby nest ni sesuai digunakan bermula dari kelahiran sehinggalah anak berusia 4 ke 6 bulan. Actually boleh guna baby nest sampailah anak dah tak muat dalam tu, but biasanya boleh digunakan sehingga 6 bulan la. Yang bestnya, tilam baby nest keluaran Anis Kissmiss ni bersaiz besar dan boleh muat sampai anak berumur 2 tahun.

Perlukan bengkung ibu Anis Kissmiss semasa berpantang? Baca di sini.

Apakah kebaikan tilam baby nest program PeDAS ?

Pertamanya, adalah memastikan bayi kita lebih selesa dan lebih selamat apabila berada di dalam baby nest ini. Ini kerana bahagian tepi tilam itu telah dinaikkan dan membentuk seperti sarang. Sebab itu namanya baby nest.

Kebaikan Tilam Baby Nest Program PeDAS

Kebaikan kedua adalah baby nest membuatkan anak kita tidur lebih lama dan inilah yang diperlukan oleh ibu bapa sekarang ni! Sebabnya bila baby selesa, rasa selamat, masa tidur boleh dipanjangkan sedikit.

Baca tentang Barut Baby Homemade Selesa di sini.

Kebaikan ketiga adalah boleh diletakkan di mana-mana ruang yang rata. Letak atas katil boleh, letak kat katil bayi pun okay, letak kat ruang tamu bila kita nak buat kerja kat dapur, malahan ianya ringan untuk dibawa ke mana-mana. Kalau balik kampung, boleh bawa sekali sebab ada baby yang akan cranky bila beralih tempat. So dengan adanya baby nest ni, senanglah kita as parents.

Bagaimana untuk mendapatkan Tilam Baby Nest?

Facebook Page – Anis Kissmiss

Instagram – Anis Kissmiss

Whatsapp – Anis Kissmiss

Premis kedai –

39-1, Jalan Genting,
Taman Sri Indah,
11000 BALIK PULAU,
Pulau Pinang

Semoga bermanfaat!