
Keistimewaan Mee Sudin Melaka Usahawan PeDAS
Masa mula-mula dapat tahu tentang mee sayur, saya rasa macam “Hmmm kenapalah mee sayur ni takde zaman saya kena paksa makan sayur?” Hahaha. Tapi inilah keistimewaan Mee Sudin Melaka Usahawan PeDAS yang mengikuti Program Perkhidmatan E-Dagang Setempat di bawah naungan MDEC.
Mee sayur yang dipasarkan di bawah jenama Mee Sudin merupakan produk mee sayur keluaran Mee Sudin Food Industry yang dikilangkan di Melaka. Sekarang ni kan kecoh dengan eatclean jadi dengan adanya Mee Sudin ni di dalam pantry kita adalah sangat bagus. Lagipun yang bestnya adalah anak-anak kita akan makan sayur tanpa mereka tahu yang mereka makan mee sayur. Hahaha ibu-ibu kena lebih bijak dari anak kan?

Apakah Keistimewaan Mee Sudin Melaka Usahawan PeDAS?
Mee Sudin menjanjikan bahawa jus sayuran yang digunakan adalah 100% jus sebenar yang diperah segar setiap hari. Terdapat 3 perisa bagi Mee Sudin ini iaitu Mee Lobak Merah, Mee Bayam dan Mee Labu.
Baca sini tentang Mee Sayur Kering.
Kenapa 3 sayuran ini dipilih sebagai salah satu bahan di dalam Mee Sudin?
Ini kerana ketiga-tiga sayur ini adalah sayur yang paling tidak disukai oleh kanak-kanak. Mee Sudin mengambil inisiatif untuk menyuntik sedikit vitamin kepada anak-anak melalui mee yang dipasarkan ini. Ketiga-tiga sayur ini juga adalah sayur yang mudah didapati di pasaran dan amat berkhasiat untuk seluruh keluarga kita.
To be honest, masa mula-mula kenal, saya memang skeptical atau ragu-ragu dengan mee sayur. Betul ke mee sayur? Entah-entah just letak pewarna dan perisa sayur sahaja. Hahaha. Tapi saya belek juga packaging Mee Sudin ni sebab nampak cantik dan menarik. Tapi sekali pandang, Mee Lobak dia macam Maruku hehehe.
Tapi saya tetap ambil juga kerana pada pendapat saya, Mee Sayur Sudin ni dapat menyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi.
Pertama, adakalanya eh selalu kot, kita kekurangan nutrien tanpa kita sedari. Kalau kita tak top-up dengan suplemen, lama-kelamaan badan kita akan mula menampakkan kekurangan itu. Jadi Mee Sudin telah melengkapkan semua kelas nutrien dalam satu hidangan mee. Mommy happy sebab famili sihat, dan kenyang tanpa mengabaikan kesihatan.
Kedua, untuk menyediakan satu hidangan mee dengan rasa yang sedap tidak memerlukan banyak bahan dan tidak mengambil masa yang lama. Antara menu yang boleh dimasak menggunakan Mee Sudin adalah Mee Sup, Mee Goreng dan Mee Hailam. Semuanya ini boleh disediakan di bawah masa 30 minit dan tak perlu bahan yang banyak pon. Sayur kalau tak ada pun tak payah masukkan sebab jus sayuran dah ada dalam mee sayur itu.
Nak tahu cara membuat Mee Sayur? Klik Sini.
Ketiga, kita tidak lagi terdedah dengan bahan kimia yangg selalu diletakkan di dalam mee kuning seperti kapur dan asid borik. Jadi makan Mee Sudin ni dahlah menyihatkan, rasa pahit pun dah tak ada.
Keempat, ini yang saya paling suka sebab dah tak perlu paksa anak makan sayur sebab Mee Sudin kan ada? Hehehe.