Khasiat Makan Madu Setiap Hari
Makanan / Review

Khasiat Minum Madu Setiap Hari Lulu Tree Usahawan PeDAS

Madu merupakan ‘Superfood’ atau makanan terulung Malaysia yang pertama diiktiraf di mata dunia. Mempunyai nilai pasaran yang tinggi, madu amat mudah didapati di Malaysia kerana banyak spesis-spesis lebah yang sesuai hidup di kawasan tropika dan kawasan sub-tropika. Madu kelulut terdiri daripada fruktosa dan glukosa iaitu sejenis gula, asid organik, asid fenolik, asid amino, protein, enzim, vitamin dan mineral. Kandungan anti-oksidan di dalam madu kelulut adalah 10 kali ganda lebih tinggi berbanding madu lebah biasa. Jadi saya kongsikan khasiat minum madu setiap hari dari Lulu Tree usahawan PeDAS.

Khasiat Minum Madu Setiap Hari

Mengurangkan berat badan

Satu kajian telah dilakukan oleh para cendikiawan di Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia pada tahun 2018. Para pengkaji mendapati bahawa madu kelulut yang diberikan kepada tikus makmal atau tikus ujikaji yang sedang mengalami berat badan berlebihan [1]

Mereka mendapati bahawa madu kelulut yang diberikan secara rutin dan teratur pada setiap hari selama 6 minggu dapat menurunkan berat badan, mengurangkan kadar BMI, menurunkan kadar triglyceride and kolesterol LDL serta meningkatkan kadar kolesterol HDL. Pada masa yang sama, risiko kerosakan hati juga dapat dikurangkan.

Baca mengenai Lulu Tree Madu Kelulut di sini.

Baik untuk kesuburan

Di dalam kajian makmal yang dijalankan, saintis mendapati bahawa tikus-tikus yang diberi madu kelulut pada setiap hari selama 28 hari menunjukkan peningkatan di dalam bilangan sperma. Pergerakan dan daya maju sperma juga bertambah bagi tikus-tikus yang sihat dan tidak mempunyai penyakit kencing manis [2]

Manakala bagi tikus yang diabetis, dalam kajian yang sama, didapati madu kelulut juga dapat meningkatkan kualiti sperma [2]

Penyembuh luka semulajadi

Madu memang telah wujud sejak zaman dahulu kala dan sentiasa digunakan di dalam perubatan tradisional. Pada era Mesir kuno, madu telah digunakan oleh pakar bedah untuk merawat luka yang terbuka dan juga dapat mengelakkan jangkitan. Madu juga dikatakan boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Ini kerana madu kelulut mempunyai anti-oksidan yang dapat memutuskan rantaian radikal bebas yang boleh meningkatkan risiko kepada luka tersebut.

Kehadiran agen anti-bakteria di dalam madu kelulut pula dapat mencegah bakteria dan mempercepatkan proses penyembuhan [3].

Kesimpulannya, khasiat minum madu setiap hari memang banyak dan boleh dijadikan amalan.

Dapatkan Madu Kelulut Lulu Tree dari sini.

Whatsapp – Madu Kelulut Lulu Tree

Facebook – Madu Kelulut Lulu Tree

Instagram – Madu Kelulut Lulu Tree

Blog – Madu Kelulut Lulu Tree

Khasiat Minum Madu Setiap Hari

Semoga bermanfaat!