Review Usahawan PeDAS

Khasiat Sarang Burung Walet PeDAS

Malaysia merupakan pengeluar sarang burung walet ketiga terbesar di dunia dengan pasaran bernilai RM1.5 billion! Dengan harga sehingga RM4,000 sekilogram, permintaan terbesar dunia untuk sarang burung walet adalah dari negara China yang amat mempercayai khasiat produk ini. Disertakan perkongsian khasiat sarang burung walet PeDAS dari Puan Nuraslina yang merupakan pengasas kepada minuman sarang burung walet di bawah jenama Sayap Walet.

Baca tentang minuman sarang burung sayap walet di sini.

Khasiat Sarang Burung Walet  PeDAS

Menurut beliau, amalan meminum sarang burung walet akan dapat meningkatkan tahap kesihatan pengguna. Ekstrak dari sarang burung walet ini dikatakan mempunyai hormon yang dapat merangsang sistem imunisasi manusia dan dapat meningkatkan penghasilan sel-sel dalam badan manusia.

Bagi orang dewasa yang minum minuman sarang burung walet ini secara konsisten, ianya akan meningkatkan kadar anti-oksidan dalam badan seterusnya akan menjadikan penggunanya kelihatan lebih muda kerana faktor anti-aging atau anti-penuaan yang terdapat di dalam sarang burung walet ini. Dikatakan sarang burung walet mempunyai kadar kolagen yang tinggi dapat melancarkan pengaliran darah serta membantu sistem pencernaan.

Selain itu, pemakanan secara teratur bagi warga emas juga dapat membantu menguatkan urat dan tulang seterusnya meningkatkan daya tahan tubuh terhadap sesuatu penyakit. Ini kerana di dalam setiap 100 gram sarang burung walet mengandungi 2.5 gram garam anorganik yang termasuk kalsium, kalium dan magnesium. Kalsium adalah satu perkara yang diperlukan oleh badan untuk menguatkan tulang.

Sebab itu jugalah, kanak-kanak juga disaran untuk minum minuman sarang burung walet Sayap Walet secara konsisten supaya khasiatnya dapat dinikmati oleh tubuh badan yang sedang membesar. Selain kalsium yang menguatkan tulang, sarang burung walet juga dapat meningkatkan daya ingatan serta meningkatkan selera makan anak-anak dan dapat menyerap nutrisi yang dimakan oleh anak-anak kita secara maksimum.

Bagi wanita pula, kolagen yang terdapat di dalam sarang burung walet dapat menjadi suplemen dalam meremajakan kulit kerana kolagen akan semakin berkurangan seiring dengan usia yang meningkat. Ia juga dapat meningkatkan metabolisme serta melambatkan proses penuaan.

Apabila ditanya soalan mengenai wanita hamil pula, Puan Noraslina menyarankan agar ibu-ibu mengandung mengambil minuman sarang burung Sayap Walet setiap hari supaya proses kehamilan dapat dilalui dengan mudah. Sarang burung walet dapat mengurangkan rasa sakit pada punggung yang lenguhnya hanya kita sahaja yang tahu hahaha. Selain itu, ianya dapat juga membantu dalam menguatkan paru-paru baby yang dikandung. 

Sarang burung walet juga amat membantu semasa proses pemulihan selepas bersalin. Apabila diambil semasa mengandung, selain khasiatnya dinikmati ibu dan bayi, ia juga amat berguna untuk mempercepatkan kesembuhan luka serta memberikan tenaga ekstra.

Baca tentang produk sarang burung walet Malaysia di sini.

Tips berkaitan khasiat sarang burung walet ini adalah dari Puan Nuraslina, fonder kepada jenama Sayap Walet yang merupakan usahawan PeDAS (Program E-Dagang Setempat) di bawah MDEC. Pesannya lagi, minuman Sarang Burung Sayap Walet ini sangat bagus jika diminum pada waktu pagi iaitu sebelum sarapan dan juga sebelum tidur malam. 

Setelah membaca khasiat sarang burung walet PeDAS, bagaimana untuk mendapatkan Minuman Sarang Burung Sayap Walet ini?

Facebook – Sayap Walet

Instagram – Sayap Walet

Website – Sayap Walet