Uncategorized

Lunch di Papparich, Bandar Mahkota Cheras

Papparich, Bandar Mahkota Cheras

Ahad lepas, kami jumpa kawan di Bandar Mahkota Cheras. Sebenarnya Sue ajak Odah pergi Tabata Class kat gym atas Papparich ni. Tapi sebab malas *kahkahkah*, kami pergi lunch je.

At the same time, kawan kami ni, Shazwan, bantu Odah untuk buat Balance Score Card. Barulah faham cara-cara nak isi 4 area ni. Sebelum ni, main letak je, patut susah sikit nak capai target.

Disebabkan goals kami #azam2019 adalah eatclean, maka hasrat sebenar nak makan Char Kuey Teow dibatalkan dan ditukar kepada Hainanese Chicken Rice. Tapiiiii ambik bahagian thigh bahahaha. Okaylaaa kasik chance sikit.

Kengkonon nak makan tanpa nasi, tapi tak bolehhhh. Kena makan nasi jugak. Nanti lapar jadik singa. Jadi lebih baik makan nasi dari makan ringan dan merepek-repek.

Ni masa nasi belum sampai. Jadi bergambar kengkonon makan lauk je.


Papparich, Bandar Mahkota Cheras



Isteri : Eh macam sedap je makanan yang husband order. Hm….. ambiklah sikit.



Papparich, Bandar Mahkota Cheras



Suami : Heyyyyy dahlah curi hati kita, ni nak ambik makanan kita pulak!



Papparich, Bandar Mahkota Cheras





Walhal order sama je, cuma macam nampak lagi sedap. How laaaa.


Apa yang best kat Papparich, Bandar Mahkota Cheras ni?


1. Toilet dia bersihhhhh!


2. Customer service yang sangat bagus. Sebab lepas makan, kami dok melepak kat sini, sambil berbincang pasal bisnes. Bila tengok kami nak guna meja, cecepat angkat pinggan semua dan siap lapkan meja lagi. Kita pun apa lagi, order la White Coffee pulak. Iced Water la. Iced Coffee laa.


3. Parking pun senang sini.


4. Makanan memang sedap la kannn.


Memang berbaloi.


Ini alamat mereka ya.

No. 19 & 21, Jalan Temenggung 23/9
Bandar Mahkota Cheras
43200 Cheras
Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *