Madu Kelulut Trigona Bee Honey
Makanan / Review / Review Usahawan PeDAS

Madu Kelulut Trigona Bee Honey Usahawan PeDAS

Dari kecil, saya dah terbiasa dengan madu. Stok madu sentiasa ada di rumah kerana Ayah mendapat bekalan dari orang asli di Pahang. Ayah merupakan seorang warga kerja MARDI, jadi agak senang untuk dapatkan stok madu. Dan dari kecil, kalau demam batuk selsema je, confirm Ayah atau Mak akan suapkan 1 sudu madu. Memang kena telan madu tu tanpa dicampur dengan air. Ayah kata, khasiat madu ni akan mula dinikmati apabila madu ini terkena lidah. Namun sejak Ayah meninggal dunia, stok madu dah takde dan saya hilang punca nak beli kat mana. Sehinggalah saya diperkenalkan dengan Madu Kelulut Trigona Bee Honey usahawan PeDAS dengan produk keluaran Malaysia yang bertapak di Semanggol, Perak.

Baca tentang pembekal madu kelulut asli.

Madu kelulut ini dihasilkan oleh Lebah Kelulut atau Meliponini yang merupakan lebah tidak bersengat. Biasanya lebah kelulut ni boleh dijumpai di kawasan tropika seperti Australia, Afrika, Asia dan juga di kawasan tropika Amerika.

Lebah kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Peradaban kuno menggunakan propolis di dalam perubatan, contohnya Orang Yunani menggunakannya dalam merawat luka dan bengkak yang bernanah. Orang Assyria (Zaman Mesopotamia) pula meletakkan propolis kepada kawasan luka dan tumor untuk melawan jangkitan dan membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Manakala Orang Mesir menggunakan propolis untuk mumia mereka.

Dari kajian yang dijalankan di seluruh dunia, telah ditemui bahawa terdapat 150 spesis lebah kelulut dan Madu Kelulut Trigona Bee Honey diternak oleh lebah kelulut berspesis Itama dan Thoracica. Lebah jenis ini lebih suka membuat sarang mereka di geronggang pokok durian, manggis dan rambutan. Ini memang lebah Malaysia 100% asli ni Hahaha sebab makan buah-buahan Malaysia. Sebab itulah madu kelulut ni rasanya sedikit masam berbanding madu lebah. Dan lebah kelulut akan menghasilkan 3 jenis produk iaitu madu, propolis dan roti lebah.

Madu Kelulut keluaran FZ Agro Products and Services ini dituai segar dari ladang sendiri di Semanggol, Perak dan telah mendapat pensijilan HALAL oleh JAKIM sejak tahun 2014. Ia juga makanan tambahan yang organik dan asli untuk kesihatan seisi keluarga dan merupakan makanan
sunnah dan diiktiraf sebagai “Superfood Malaysia”.

Baca khasiat madu kelulut asli di sini.

Ada 4 cara untuk dapatkan Madu Kelulut keluaran FZ Agro Products and Services iaitu :

Cara pertama, dapatkan di kedai mereka yang beralamat di :

FZ Agro Products and Services, 

Lot 6400 A, Jalan Bukit Merah, Kubu Gajah,

34400 Semanggol, Perak.

Whatsapp : FZ Agro Products

Cara kedua di Shopee – FZ Agro Products and Services.

Cara ketiga adalah di FB – FZ Agro Products and Services.

Cara keempat adalah di IG – @fzagro.hq