Uncategorized

Mak Ayah shopping di AEON One Utama

AEON One Utama (dulu ialah Jusco) ni memang favourite mak ayah untuk shopping. Dari OU kecil (Old WIng) sampailah sekarang ni yang besar dan bersambung dengan MRT pulak.

Favourite kedai yang selalu ayah pergi ialah Popular, MPH dan AEON. Kalau pergi Popular dan MPH, memang lama. Kadang, kalau saya nak pergi carik barang, like baju dan kasut, ayah mintak tinggalkan dia kat MPH or Popular. Tapi takdelah lama saya pergi, selalu scan je. Kalau berkenan terus request size dan bayar.

Now, ayah dah tak berapa nampak. Bila mata dia radang, agak susah ayah nak membaca. Samada silau atau pedih. So, jarang dah ayah ke kedai buku.

Bulan lepas ada AEON Member’s Sale. Ini memang kegemaran ayah mak. Dulu-dulu, memang murah giler barang. Comforter set contohnya, masa tak sale harganya RM129. Bila sale, RM89. But, Member’s Sale yang dibuat sehari sebelum sale tu, harganya boleh jatuh sampai RM49. Memang akan borong gegiler la. Dari pagi sampailah ke malam kat One Utama. Makan, solat semua kat OU.

Tapi sekarang, dah tak macam dulu. Iyalah, perubahan berlaku setiap saat kan. But still, adalah barang yang masih dapat harga best bila Member’s Sale ni. Awal-awal lagi ayah dah ajak. Jadi saya kosongkan tarikh yang ayah mintak tu.

Pergi sana, naik UBER je. Senang sikit, sebab sekarang ayah guna wheelchair kalau berjalan jauh. Jadi kalau guna UBER, terus je drop kat main entrance. Kalau drive sendiri, nak kena pusing cari parking etc. Lagipun, UBER selalu ada promo, lagi banyak guna, lagi kerap dapat promo code.

Pergi lepas Zohor. Senang sikit dah selesai solat. Memang jangka jam 5 nak balik. Bila dengan mak ayah ni, kita kena consider kesihatan dan keupayaan mereka.

So, mintak driver UBER drop kami kat Taxi Stand Old Wing. Dari sana, ayah cakap nak ke Customer Service. Nak redeem voucher. Sekali, ayah nak redeem Maybank Treatpoints. Menapaklah ke New Wing pulak. Saya okay je sebab tolak wheelchair. Kesian kat mak lah, kena jalan jauh. Tapi mak kata okay je, maka kita jalan slowly and tak rush sangat.

Ayah redeem voucher RM200 dengan points dia. Then menapak ke Old Wing semula sebab nak gi AEON. Terus ke area Ladies. Terus ke kawasan kasut sebab mak nak beli kasut. Pilih punya pilih, sampai 3 pasang mak beli! Pergh berbaloi la pergi masa Sale.

Then pergi area Men. Turn ayah pulak. Sambil tu, mak dok usha handbag pulak. Ayah nak beli belt. Lepas pilih, bawak ayah pilih seluar pulak. Favourite ayah, untuk seluar, antaranya ialah D’urban. Kebetulan ada sale yang berbaloi. Pilihkan ayah colour grey and blue black. Then tolak wheelchair ke Fitting Room. Tunggu depan Fitting Room tu. Settled dua-dua helai tu.

Sambil-sambil tolak ayah, nampak tie merah, so beli untuk suami. Nampak underwear murah dan ada saiz, ambil. Oh saya beli kasut jugak sebab cantik dan selesa. Hahaha sempat je nak beli. Saya tak beria sangat sebab nanti kesian kat mak ayah, so just focus je pada kemahuan mereka.

Then mak called, tanya kat mana. Mak tunjuk bag yang mak suka. 3 handbag mak nak beli. Pergh…

Dah bayar, pergi Customer Service. Redeem lagi voucher sebab bila beli RM100 (tak termasuk GST), akan dapat voucher RM10. Cuma electrical dan Cosmetic & Fragrances tu, every RM100 akan dapat RM5 voucher.

Lepas tu, ayah cakap nak beli small mattress untuk kitorang. But, kat Tingkat 2, so saya malas. Saya cakap kat ayah, takyah. Hahaha.

Pergi bawah nak belikan Okonomiyaki untuk adik yang berpuasa. Beli sekali dinner. Sebab adik kata nak ambil. Jadi ajak mak ayah minum, Beli roti-roti kat La Boheme untuk breakfast esok. Tanya nak makan apa, ayah mak kata makan je roti yang beli tu. So simple mak ayah saya. Air order Teh Tarik, their favourite hot drink.
Anyway, saya happy sangat dapat spend time dengan mak ayah. Kadang kat rumah tu, kita sibuk dengan masak, sibuk dengan tengok tv, tengok IG, layan Whatsapp, tak perasan yang we didn’t really talk to them. So macam ni, nak pegang handphone pun susah. Sebab tolak wheelchair kan. Tu sebab takde gambar, just this one yang precious sebab masa ni duduk lepak minum makan sambil tunggu adik ambik.

“My heroes are my parents. I can’t see having anyone else as my heroes.”

Ta-ta. Take care!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *