Uncategorized

Malam 1 Ramadhan yang MENDEBARKAN!

Malam 1 Ramadhan yang MENDEBARKAN!

Tahun ni, Ramadhan bermula dengan penuh BANG! Malam 1 Ramadhan memang mendebarkan untuk kami.

Malam tu kan start solat Tarawikh. Jadi lepas Solat Tarawikh, saya terus masak untuk sahur. Bila dah siap, saya tengok tv dengan adik.

Tiba-tiba kami terdengar bunyi kuat kat depan. Saya ke depan, tengok kat luar. Tapi macam takde pape. Cuma terperasan lampu proch jiran sebelah tu tak ON. Macam pelik gak sebab mereka memang akan pasang lampu porch. So saya sambung tengok tv.

Tapi lepas tu terbau hangit. Macam ada bau benda terbakar. Specifically, getah terbakar. Masa tu dah dekat pukul 10 malam dah. Pergi lagi depan tengok. Tapi dari dalam rumah, tak nampak apa la.

Tapi lama-lama bau hangit tu makin kuat. Ish saya tak sedap hati dah. Husband belum balik lagi dari Masjid. Saya ni penakut, jadi ajak adik keluar dan tengok kat luar.

Dari porch kami, tak nampak apa-apa pelik. Tapi bila menghampiri pintu pagar, baru terperasan ada asap. Dan bau terbakar tu memang kuat kat luar. Saya terus keluar pagar. Ternampaklah Electrical Box jiran sebelah ni terbakar. Saya pun panik juga. Elektrik kan. Kalau api biasa tu, bolehlah jugak simbah air.

Terus saya call 911. Nasib baik dah ada pengalaman masa call ambulans untuk Ayah dulu. Terus report kebakaran. Kelakarnya, saya cakap kat CS 911 tu, “Dik. Cepat sikit dik. Akak panik ni.” CS 911 ni memang bagus. Dia jawab “Puan bertenang puan. Bertenang. Saya sambungkan ke Bomba. Bertenang puan.” Cool giler adik ni. Terus bertenang Ahkak ni.

Bila talian disambung ke BOMBA, dia tanya details la. Alamat. Nama. Nombor Telefon. Apa yang terbakar. Bomba kata dia dah deploy anggota pasukan ke site. Pergh. Cekap jugak mereka.

At the same time, saya dok panggil-panggil jiran ni. Dalam 5 minit, baru dengar macam ada orang. Rupanya dorang dah tidur. Dan tak sedar yang ada berlaki kebakaran. Terbangun pun sebab panas. Aircond semua off, yelah mana ada electricity.

Cakap kat Uncle tu yang DB Box dia terbakar. Terus dia call Anak dan Menantu dia cakap ada kebakaran. Dorang still stay dalam rumah sebab yang terbakar tu kat luar kan. Uncle cuma keluar untuk alihkan motor dan tunggu Bomba sampai.

Tak sampai 10 minit, Bomba dah sampai. Siap sekali dengan ambulans Bomba. Bagus juga, jadi taklah ambulans hospital terganggu. Ini adalah standard procedure mereka, bawa ambulans sekali dengan kereta bomba.


Malam 1 Ramadhan yang MENDEBARKAN!



Tapi, Bomba tu cuma OFF kan aliran elektrik dan padamkan kebakaran tu aje. Sebab DB Box dia yang meletop! Yang kami dengar bunyi meletop tu, DB Box tulah. Yang lain, kena tunggu TNB. And asap masih banyak sebab getah yang terbakar.


Bila saya Google, small fire macam ni, sebenarnya boleh sebab kebakaran besar.
Kalau kita dengar, kebakaran akibat litar pintas, maybe macam ni la kot. Biasa DB kan kat dalam rumah? So kalau terbakar, memang akan start kecik. Tapi kalau nyalaan api tu menyambar langsir, sofa, rak buku etc, tu yang jadi besar. Ya Allah, jauhkan lah kami dari bencana ini.


Alhamdulillah juga, Ahkak ni sibuk nak check kat luar. Biasanya tak kisah sangat. Tapi Allah gerakkan hati untuk keluar dan check. Dan dok panggil-panggil kejutkan mereka. Sebab saya pun takut nak gegar pagar dia. Kotak DB tu kat sebelah pagar tu. Tu yang panik tu. Mak kat atas. Husband kat Masjid. Ishh takleh bayang apa jadi kalau ……


Esoknya, berselisih dengan Uncle, dia kata mereka semua dah tidur. Uncle ni lagilah, dah makan ubat tahan sakit, lagilah nyenyak. Terima kasih sebab tolong. Yalah Uncle, kita jiran maaa. Mesti tolong la. Nanti saya tak tolong you, rumah saya pun terbakar. Hahahha.


Membawang atau busy body ni ada ketikanya perlu. Perlu macam situasi macam ni lah. Yang pasal lain yang tak melibatkan keselamatan, tak perlulah ya.


Selamat Berpuasa.





Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *