Review Usahawan PeDAS

Mee Rebus Sambal Pecal Lahza PeDAS

Dalam banyak-banyak menu mee, saya paling tak minat nak masak Mee Rebus. Ini kerana saya membesar dengan Mee Rebus yang Mak saya masak. Setiap kali ada jamuan atau usrah atau jamu orang masjid, mesti Ayah request pada Mak untuk tolong masakkan Mee Rebus. Sebenarnya almost every month Mak akan masak sampaikan saya sanggup berlapar dari makan Mee Rebus hehehe. Mak akan masak kuahnya sahaja dan saya yang bertanggungjawab untuk sediakan bahan-bahan hiasan. Saya kena hiris cili merah atau cili hijau, daun bawang, tahu dan buang ekor taugeh. Sebabnya Mak dah penat, so yang hiasan ni saya kena tolong. Ada banyak step yang kena buat sebelum terhasilnya Kuah Mee Rebus dan antaranya adalah kena sangai kacang tanah, buangkan dan asingkan kulit kacang dan kemudian perlu ditumbuk. Sekarang ni dah tak perlu buat semua itu sebab kita boleh gunakan sambal pecal segera untuk masak Mee Rebus Sambal Pecal Lahza PeDAS.

Baca tentang Sambal Pecal Segera Lahza di sini.

Saya kongsikan resepi Mee Rebus yang menggunakan Sambal Pecal Segera Lahza.

Bahan bahan:
1½ kg mee kuning – dicelur

Bahan Kuah:
300 gm daging/tetel – rebus hingga empuk
4 sudu besar penuh rempah kari ikan
6 sudu besar penuh taucu – lecek separuh halus, buang airnya
1 kg keledek – direbus dan lecek halus
3 sudu besar Sambal Pecal Segera Lahza
1½ – 2 liter air – guna air rebusan daging, kalau tak cukup ditambah air biasa
3 senduk minyak masak
Garam dan gula secukupnya

Bahan Kisar:
1 cawan udang geragau – saya ganti dengan udang hidup
3 sudu besar udang kering – rendam, toskan
2 ½ cm halia
2 cm lengkuas
2 batang serai
6 ulas bawang putih
2 biji bawang besar

Bahan Taburan (Garnishing)
½ kg taugeh – buang ekor dan dicelur
Daun sup/bawang
Lada hijau/merah Bawang goreng Tauhu goreng Limau kasturi Telur rebus

Cara cara:
Satukan bahan kisar dengan rempah kari ikan. Gaul rata.

Panaskan minyak dan tumis bahan tersebut hingga rempahnya garing

Masukkan daging/tetel, tauchu, keledek lecek, air rebusan daging, garam dan gula.

Masukkan Sambal Pecal Segera Lahza, kacau sebentar dan sesuaikan rasanya. Kuah Mee Rebus ini biasanya mesti ada rasa sedikit manis tapi jangan terlalu manis dan juga mesti ada rasa taucunya. Rempah karinya pula jangan terlalu banyak, nanti jadi mee kari.

Biarkan kuah mendidih baru diangkat.

Letakkan mee kuning ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah mee rebus dan hiaskan dengan bahan-bahan garnishing.

Perlukan Kuah Rojak pasti terangkat? Ada di sini.

Website – Lahza Enterprise

Whatsapp – Lahza Enterprise

Facebook – Lahza Enterprise

Instagram – Lahza Enterprise

Semoga bermanfaat!